suria

Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil

Abdullah dalam keadaan stabil dan berada di CCU lJN. -Gambar fail (The Star)

BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, sejak Rabu.

Perkara tersebut disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, Abdullah kini berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU) IJN.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke IJN semalam (Rabu) kerana beliau mengalami small spontaneous pneumothorax.

"Beliau berada dalam keadaan stabil dan masih berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor. Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, Abdullah kini memerlukan rehat yang secukupnya.

"Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau. Tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain