SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital selepas dipatuk seekor ular sawa ketika hendak membuang air di tandas rumahnya.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di apartment di Ampang Jaya, Selangor pada pukul 11 pagi, Selasa, kanak-kanak tersebut hendak membuang air kecil di rumahnya yang terletak di tingkat empat.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma tragedi dipatuk ular senduk 50 tahun lalu... nenek 76 tahun siap ‘melompat’, sangkakan anak cucu hadiah haiwan berbisa sempena hari lahir!
Apabila membuka penutup mangkuk tandas, kanak-kanak berkenaan dipatuk reptilia yang bersembunyi di dalamnya.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gombak yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi pada pukul 12.45 tengah hari.
Empat anggota yang dikejarkan ke lokasi berjaya menangkap reptilia tersebut.
Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang cedera pada celah kelengkang dan tangan dirawat di Hospital Ampang serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.