suria

Zalzul Kamar didakwa bunuh peniaga COD di jeti Sungai Pahang

Zalzul Kamar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh. -Foto Bernama

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas pertuduhan membunuh peniaga makanan wanita di tepi Sungai Kuantan berhampiran jambatan Tanjung Lumpur, 13 Februari lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Zalzul Kamar Abdul Ghani, 53, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, Zalzur Kamar didakwa membunuh Norshamira Zainal, 37, di kawasan jeti Sungai Kuantan, belakang Restoran Golden Empire Palace di Jalan Padang Lalang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes bunuh peniaga COD ditahan... Polis rampas cincin, wang tunai

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh peniaga COD: Suspek dikenal pasti

Kejadian berlaku antara pukul 7.30 malam sehingga pukul 8.30 malam pada 12 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Pahang, B. Deevagaran Nandu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 April ini bagi sebutan semula kes.

Artikel Lain