suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemohonan penangguhan ditolak, Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 serta merta kepada Ebit Lew

Caprice (kiri) diarah membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit.

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam memerintahkan penyanyi rap Caprice membayar ganti rugi RM220,000 kepada aktivis, Ebit Lew secara serta mereta selepas permohonanya untuk menangguhkan bayaran itu ditolak.

Hakim, Zuhrina Mohamed Nor memerintahkan Caprice atau Ariz Ramli, 40, mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaun peguam Ebit atau Ebit Irwan Ibrahim Lew, 42.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Caprice membayar kos sebanyak RM2,000.

Menerusi prosiding itu, Ebit selaku plantif diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Fatin Izyan Mazlan manakala Caprice diwakili Mohd. Rezan Ezra Muhammad Mosinal.

Pada Ogos lalu, mahkamah memerintahkan agar Caprice membuat permohonan maaf selain membayar ganti rugi RM220,000 kepada aktivis berkenaan selepas didapati bersalah memfitnah Ebit pada 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan untuk Ebit Lew! Caprice diperintah mohon maaf, bayar RM220,000 isu video Mondy Tattoo

Dia juga diperintah agar memadamkan tujuh kenyataan yang dibuat bersama pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo dalam tempoh 48 jam.

Caprice juga dilarang mengeluarkan komen atau membuat kenyataan mengenai Ebit di masa akan datang.

Pada 15 September 2023, Ebit selaku plaintif memfailkan saman terhadap Caprice selepas dia memuat naik rakaman video bersama Mondy sebagai tetamu jemputan.

Plaintif mendakwa, rakaman itu antara lain membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap wanita terbabit, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

Dakwa plaintif lagi, Caprice selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.

Menurutnya, akibat penerbitan video itu, banyak komen negatif, cacian dan makian didakwa dikeluarkan oleh pengikut akaun YouTube Caprice.

Artikel Lain