suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aman Central raikan ulang tahun ke-11, tawar peluang menangi kereta baharu

Kempen ELEVATE 11 berlangsung hampir lima bulan dengan pelbagai ganjaran eksklusif, hadiah menarik dan pengalaman istimewa untuk pengunjung.

PUSAT beli-belah terkemuka di Kedah, Aman Central, meraikan ulang tahun ke-11 menerusi kempen istimewa ELEVATE 11 – Elevating Every Moment, yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif, hadiah menarik serta pengalaman istimewa kepada para pengunjung. 

Berlangsung selama hampir lima bulan, dari 23 Oktober 2026 hingga 28 Februari 2027, kempen ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan Aman Central terhadap pelanggan, rakan niaga dan komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kejayaan pusat beli-belah berkenaan selama ini. 

Antara tarikan utama sambutan tahun ini ialah peluang untuk memenangi sebuah kereta baharu menerusi cabutan bertuah khas sempena ulang tahun ke-11 Aman Central.

Menerusi program SHOP, SPEND AND ELEVATE YOUR REWARDS, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 di mana-mana kedai di Aman Central, dengan gabungan maksimum dua resit, layak menerima satu penyertaan cabutan bertuah.

Lebih istimewa, transaksi pembelian dengan jumlah perbelanjaan yang berakhir dengan angka .11 melayakkan pengunjung menerima satu penyertaan tambahan, sekali gus meningkatkan peluang untuk membawa pulang hadiah utama ditawarkan. 

Selain cabutan bertuah, Aman Central turut memperkenalkan program ELEVATE 11: RISE TO THE TOP! sebagai penghargaan kepada pelanggan paling setia sepanjang tempoh kempen. 

Menerusi program ini, jumlah perbelanjaan terkumpul setiap pengunjung akan menentukan kedudukan mereka dalam senarai pembelanja tertinggi.

Sepuluh pelanggan dengan jumlah perbelanjaan tertinggi bakal menerima keistimewaan serta hadiah eksklusif, manakala pelanggan dengan jumlah perbelanjaan tertinggi akan dinobatkan sebagai Top Spender dan membawa pulang hadiah utama khas yang disediakan menerusi program berkenaan.

Dalam usaha memperluaskan kemeriahan sambutan ke platform digital, Aman Central turut menganjurkan pertandingan media sosial ELEVATE 11: SHARE TO WIN! yang berlangsung dari 23 Oktober hingga 22 November 2026. 

Untuk menyertai pertandingan ini, pelanggan hanya perlu mengikuti akaun Facebook dan Instagram rasmi Aman Central, berkongsi hantaran pertandingan menerusi Instagram Story dan Facebook Timeline, serta menandakan akaun @AmanCentral bersama tiga orang rakan. 

Peserta juga dikehendaki menggunakan tanda pagar #ACElevate11, #ACContest dan #AmanCentral, sebelum mengambil tangkap layar hantaran yang telah dikongsi dan memuat naiknya di ruangan komen hantaran utama pertandingan. 

Seramai 11 pemenang bertuah bakal dipilih untuk membawa pulang hadiah eksklusif sempena ulang tahun ke-11 dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM5,000.

Sebagai tambahan, 150 peserta terawal yang berjaya melengkapkan semua syarat penyertaan berpeluang mendapatkan borang penyertaan tambahan serta hadiah eksklusif dengan mengunjungi Kaunter Informasi Aman Central, tertakluk kepada ketersediaan stok. 

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin, berkata sambutan ulang tahun ke-11 merupakan satu pencapaian bermakna yang mencerminkan perjalanan dan hubungan erat yang telah dibina bersama pelanggan, rakan niaga serta komuniti sepanjang tempoh tersebut. 

Menurut beliau, menerusi kempen ELEVATE 11, Aman Central berhasrat menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna dengan menawarkan pengalaman yang lebih meriah, pelbagai aktiviti menarik serta ganjaran istimewa kepada para pengunjung. 

"Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pelanggan, rakan niaga serta komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Aman Central sehingga hari ini. 

"Komitmen kami adalah untuk terus menjadikan Aman Central lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, malah sebuah tempat untuk masyarakat berhubung, meneroka pengalaman baharu dan mencipta kenangan bermakna bersama," katanya. 

Sambutan ulang tahun ke-11 ini turut mendapat sokongan daripada barisan rakan kempen yang terdiri daripada Lotus's, Swarovski, Gintell, Tomei, Puma, Bonia, Cosas United, Pandora, McDonald's dan Dolly Dim Sum.

Tidak ketinggalan Kashkha, Texas Chicken, Bata, Zus Coffee, Le Starry Studio, Jati, Idealogika Leather & Co., dan Mega Kulim Pharmacy. 

Dengan pelbagai ganjaran, pengalaman serta aktiviti yang ditawarkan, ELEVATE 11 menjanjikan sambutan ulang tahun yang lebih istimewa sebagai tanda penghargaan Aman Central kepada semua yang terus menjadi sebahagian daripada perjalanannya.

Artikel Lain