suria

Sokong suami curang selepas isteri mengandung, Firdaus dicari!

Komen Firdaus turut mengundang kemarahan netizen.

PETALING JAYA: ‘Kerana mulut badan binasa’. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila tindakannya meninggalkan komen, seolah-olah menyokong perbuatan curang suami kepada selebiriti tanah air mengundang kecaman netizen.

Pemilik akaun Facebook bernama Firdaus menulis komen: "Takleh salahkan suami sebab perempuan lepas mengandung akan gemuk dan berbau. Hak suami la untuk cari yang lawa dan wangi balik."

Komen keterlaluan itu ditinggalkan lelaki tersebut dalam ruangan komen satu artikel berkaitan kenyataan pelakon Mia Ahmad yang tetap mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kini sedang diuji.

Paparan skrin komen tersebut turut dimuat naik seorang netizen dengan kapsyen 'Salam girl, jangan kahwin dengan Firdaus ni okay?'.

Posting tersebut menjadi tular dan diulang kicau lebih 11,000 kali.

Posting yang dimuatnaik @izs_mael berkenaan paparan skrin komen Firdaus menjadi tular di Twitter.

Rata-rata netizen menyifatkan komen lelaki tersebut sebagai keterlaluan dan tidak sensitif menyebabkan orang ramai mula menjejakinya di media sosial.

Atiqah berkata:"Siapa dah jumpa Firdaus tu beritahulah. Saya sedia berkhidmat!."

Malah ada netizen yang turut memiliki nama Firdaus menggesa lelaki tersebut supaya mengubah namanya kerana mencemarkan nama yang membawa maksud baik itu.

Adrif berkata:"Kerana komen setitik, rosak Firdaus sebelanga. Malukan nama Firdaus je."

Netizen yang memiliki nama Firdaus turut tidak bersetuju dengan komen itu dan tampil memohon maaf mewakili lelaki tersebut.

Artikel berkaitan: Mia Ahmad akan lakukan apa saja untuk selamatkan rumah tangga.

Lordnagini berkata:"Ahhh dia dah merosakkan nama Firdaus ni. Saya sebagai seorang bernama Fidauz meminta maaf ya."

Antara komen netizen yang kecewa dengan kenyataan Firdaus.

Komen tersebut turut mengguris perasaan ramai wanita yang menganggap sikap lelaki seperti itu menyebabkan mereka takut untuk menamatkan zaman bujang.

Arisha berkata:"Makin lama makin takut nak kahwin. Sebab takut salah pilih lelaki."

Malah ada netizen yang memohon agar dijauhkan daripada bertemu jodoh dengan lelaki sedemikian.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen lelaki tersebut tidak berhasil apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Firdaus, curang, mengandung

Artikel Lain