suria

Sajat dakwa gaduh bermula di FB, maknyah kasi penampar selepas dicabar pekerja farmasi

Sajat (kanan) bersama pembantu peribadinya (tengah).

GARA-GARA insiden pergaduhan membabitkan seorang maknyah iaitu sahabat Nur Sajat Kamaruzzan pada Ahad lalu, usahawan kosmetik itu akhirnya bersuara mempertahankan individu berkenaan.

Menurut Sajat, individu yang juga pengarah dan rakan kongsi syarikatnya iaitu Sheryna Mazlan bertindak memukul perunding kecantikan sebuah farmasi, di pusat beli-belah KLCC pada Ahad lalu kerana pekerja tersebut tidak mempunyai adab dan budi bahasa yang baik.

Sajat ketika dihubungi mStar Online malam Selasa memberitahu insiden tersebut tercetus selepas perbalahan wanita itu di Facebook milik Sheryna.

"Benda ni berlaku kerana perbalahan di Facebook milik beliau (Sheryna). Jadi si jurujual tu mengata saya dan dia (Sheryna) bertanya ada apa-apa masalah ke, lalu dia membalas komen dekat Sheryna anjing... mestilah dia (Sheryna) marah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nama saya bukan Muhammad Sajjad…”

"Itulah yang saya tahu... tak sangka pula sampai bergaduh sebab setahu saya rakan kongsi saya ini bukan jenis suka bergaduh dan seorang yang sangat cool," katanya.

Antara adegan pergaduhan yang dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit.

Jelas Sajat lagi, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk tindakan susulan berhubung insiden itu.

"Saya tak tahu apa-apa. Saya kat sini pun cool jer sebab peguam syarikat kami dah buat tindakan selanjutnya," kata Sajat dalam kiriman mesej dari Lubnan.

Tambah Sajat lagi, dia tidak mengenali jurujual tersebut.

"Saya tak kenal pun dia siapa dan saya pun tak tahu apa yang dia sakit hati kat saya sampai hari-hari kutuk saya. Nasib malang jurujual tu sebab dia ialah rakan Facebook Sheryna.

Awak pun nak mengata orang, benci orang atau menyampah dengan orang sekali pun cuba tengok diri awak! Bukan nak hina tapi boleh nilai diri sendiri

NUR SAJAT

Usahawan Kosmetik

"Itulah rakan kongsi saya marah sangat cara dia membalas komen (dekat Facebook) dan jurujual tu kata kalau tak puas hati meh jumpa dia dekat KLCC," dakwa Sajat yang menyebabkan sahabatnya itu mengambil cabaran berkenaan.

Dalam pada itu menerusi satu posting di Instagram miliknya pada Selasa, Sajat tetap mempertahankan Sheryna.

"Kes viral pasal pembantu peribadi saya pukul dia ini disebabkan dia tak ada adab dan tak ada budi bahasa yang baik.

"Cubalah awak tu mempunyai bahasa yang baik mesti orang takkan pukul awal," katanya yang kini berada di Beirut, Lubnan bagi mengikuti kursus dandanan rambut.

Nur Sajat

Malah Sajat berkata, individu tersebut turut melemparkan perkataan tidak baik kepada pembantu peribadinya selain mengata dirinya (Sajat).

"Awak pula panggil pembantu peribadi saya (anjing) dan kata macam-macam pasal hal saya. Bila pembantu saya datang cari awak, takut pula awak ye... kan dan kena, bertembung buku dan ruas.

"Awak pun nak mengata orang, benci orang atau menyampah dengan orang sekali pun cuba tengok diri awak! Bukan nak hina tapi boleh nilai diri sendiri," katanya.

Dalam posting tersebut, Sajat turut memuatnaik gambar jurujual berkenaan yang hanya berpakaian dalam.

"Bukan ini gambar awak sendiri masukkan dalam FB (Facebook) awak dan IG awak sendiri! Aib yer. Apa-apa pun, kan sakit muka tu kena tamparan wanita dari wanita cantik (pembantu peribadinya) dan juga wanita mempunyai wawasan (rakannya).

"Lepas ini sayang, cuba hormati orang. Jangan hina dan aibkan orang kerana tanpa kita sedar, satu jari tuju kesalahan orang, sembilan jari menuju pada diri awak. Orang berbudi, kita berbahasa.. Orang dok maki, kita kasi bisa. Rasakan! Kan dah ‘viral’ (tular)," tulisnya.

Laporan polis yang tersebar.

Video pergaduhan antara pembantu peribadi Sajat dan jurujual berkenaan tular di media sosial sejak malam Isnin.

Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan pembantu peribadi Sajat menyerang jurujual terbabit dengan menampar mukanya beberapa kali.

Berlaku juga aksi tarik rambut antara mereka sebelum pergaduhan itu dileraikan orang ramai.

Difahamkan jurujual yang berasal dari Sabah itu sudah membuat laporan berhubung insiden tersebut di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Sajat, pembantu peribadi, gaduh

Artikel Lain