suria

Tak sia-sia rakam suara berangan jadi penyampai sukan, pelajar tak tidur malam dapat mesej hos popular

Bakat Fahmi membuat ulasan acara sukan secara spontan mendapat perhatian netizen.

AKSI sekumpulan pelajar membuat parodi acara sukan Olimpik, lengkap dengan suara latar berjaya menarik perhatian netizen yang terhibur dengan telatah spontan yang dipamerkan mereka.

Bagaimanapun ramai yang lebih tertarik dan memuji bakat yang dimiliki pengulas sukan dalam video berkenaan yang dianggap bijak mengacarakan beberapa sukan popular yang dilakonkan rakannya itu, sehingga membuatkan penonton tak kering gusi.

Mendekati individu berkenaan, Ahmad Fahmi Izzuddin memberitahu idea mengulas aksi rakan-rakannya itu datang secara spontan gara-gara bosan ketika berada di kolej tempatnya belajar.

"Masa tu petang Jumaat dan kami tiada kelas tetapi ada kem team building. Sementara nak tunggu aktiviti kami buat video tu.

"Kami kat sini memang selalu bergurau macam tu. Kalau tengah stress dengan assignment kami akan buat benda-benda macam ni.

"Saya pun tak tau macam mana saya boleh mengulas keadaan ketika itu. Idea datang secara spontan. Saya tengok kawan-kawan saya berlari atau tengah main bola, secara automatik je saya boleh bercakap," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Antara aksi dan gelagat rakan-rakan Fahmi di dalam video berkenaan.

Menurut Fahmi yang kini melanjutkan pengajian dalam kursus Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, sejak berumur 11 tahun dia mempunyai hasrat untuk menjadi pembaca berita dan penyampai radio sekiranya diberi peluang suatu hari nanti.

"Rasa diri saya sangat dekat dengan industri ini. Kalau orang tanya saya nak jadi apa, saya akan cakap saya nak jadi penyampai radio. Sejak kecil saya tengok TV, saya dengar radio, saya rasa minat nak buat benda ni. Saya tak suka bekerja hanya duduk di pejabat.

"Saya lebih suka explore, duduk depan kamera dan bercakap, berkomunikasi dengan orang ramai... Dalam keluarga tiada yang bekerja sebagai wartawan pun tapi saya nak jadi yang pertama memegang jawatan itu.

"Meskipun tanggapan tidak baik orang ramai dan ayah sendiri tak yakin saya boleh buat benda ni, bagi saya rezeki tak pernah salah alamat, saya akan terus melakukan apa yang saya minat," ujarnya yang kini berusia 20 tahun.

Acara larian berganti-ganti dan gimnastik antara sukan popular yang diulas Fahmi menerima perhatian netizen.

Sehingga kini, video yang sarat dengan gelagat mencuit hati itu menerima lebih 160,000 tontonan dengan lebih 18,000 ulang kicau dan 9,700 tanda suka sejak ia dimuat naik di laman Twitter, Isnin.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan terhibur dengan gelagat empat pelajar lelaki berkenaan.

Paling saya tak sangka, salah seorang pengacara idola, Fedtri Yahya ada DM (direct message) memuji suara dan kebolehan saya mengulas. Saya nampak je dia DM, saya menjerit dalam bilik sampai tak boleh tidur malam tu. Rasa macam mimpi, betul ke Fedtri Yahya DM.

FAHMI

Fahmi turut memberitahu, dia turut menerima beberapa tawaran bekerja di agensi media selepas video dia mengulas acara sukan itu menjadi tular di media sosial.

View this post on Instagram

Terhibur min nengoknyaaa... ? #mstaronline #mstarL

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

"Paling saya tak sangka, salah seorang pengacara idola, Fedtri Yahya ada DM (direct message) memuji suara dan kebolehan saya mengulas. Saya nampak je dia DM, saya menjerit dalam bilik sampai tak boleh tidur malam. Rasa macam mimpi, betul ke Fedtri Yahya DM.

"Lagipun dalam kelas, pensyarah kami selalu sebut mengenai beliau malah saya dan rakan-rakan juga selalu melihat dirinya sebagai hos yang disegani di Malaysia. Semua orang nak cuba jadi macam dia. Dia beri saya semangat untuk terus melakukan apa yang saya suka dan mencari peluang melalui platform ini.

"Selain Fedtri Yahya, saya sangat suka dengan tone suara senior saya, Hawa Rizwana. Intonasi dia jelas, dan suara dia kalau dengar, memang tenang je. Saya juga terima banyak DM yang tawar saya untuk kerja dengan mereka," katanya.

Penyampai berita, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (kiri) dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.

Menjawab soalan berkaitan tindakannya menukar mod 'privacy' laman Instagramnya, Fahmi mengakui dia agak terkejut dengan apa yang dialaminya dan membuat keputusan untuk kembali dengan video lucu selepas dirinya bersedia.

"Saya tak biasa dengan benda-benda macam ni dan tak sangka ia akan menjadi viral.

"Apabila saya dah bersedia nanti mungkin saya akan buka semula Instagram saya kepada umum," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Fahmi, sukan, hos, pengacara

Artikel Lain