suria

Konon beli barang nak 'reward' diri, tapi masuk rumah tetap takut kena marah dengan mak ayah!

'KAKI shopping' biasanya lebih sinonim dengan golongan wanita, namun sebenarnya ia '2x5' sahaja dengan kaum lelaki.

Lebih melucukan, perangai menyembunyikan barang-barang selepas 'bershopping' sakan gara-gara takut dimarahi ibu bapa turut dilakukan kaum Adam.

Menurut Naim Jais,22, sikap menyembunyikan barang-barang ini bukan perkara baharu kerana ia telah lama dilakukan golongan yang pandai membeli tapi dalam hati takut kena marah.

Naim (tengah) bersama kedua ibu bapanya.

"Biasanya apa sahaja barang yang saya beli terutamanya pakaian dan kasut saya akan simpan dalam beg kerja. Dah sampai bilik baru saya akan susun dalam almari.

"Tetapi lama-kelamanaan akan kantoi juga dengan ibu, Mendelinawati Kamal dan ayah, Jais Sawandin.

"Ibu biasanya akan berleterlah. Mula-mula ibu akan tanya harga dulu. Biasanya saya akan jawab murah sahaja. Risau, takut ibu berleter," kongsinya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpulanglah... blogger tak kisah dikecam beli beg tangan mewah sebab pengikut nak tahu harga je

Naim memberitahu, kebiasaanya dia akan berbelanja setiap bulan untuk dirinya sebagai 'reward'.

Status Twitter Naim mendapat lebih 4,000 ulang kicau.

"Bila dah kerja ni memang setiap bulan saya akan beli baju atau kasut. Upah untuk diri sendiri penat bekerja.

"Untuk ibu bapa pun memang wajib belikan setiap bulan. Bulan lepas saya membeli dua pasang kasut. Itu pun terpaksa sorok daripada ayah.

"Ayah saya tak berleter tetapi dia akan buang terus kasut-kasut lama saya yang tak dipakai. Saya terpaksa reda sahaja.

"Sebenarnya memang tak salah untuk berbelanja tetapi mereka berleter atau marah tu sebab nak mengajar kita supaya berjimat cermat. Simpan duit. Itu sahaja," jelas anak bongsu daripada dua beradik ini.

Rata-rata netizen turut melakukan perkara yang sama gara-gara takut dimarahi ibu bapa.

Khamis lalu, Naim berkongsi di laman Twitternya gambar barang-barang yang baharu dibeli dengan kapsyen: "Aku sorang je yang shopping tapi takut bawa paper bag tu masuk rumah dan sakan sumbatkan dalam satu beg."

Tweetnya itu mendapat ulang kicau lebih 4,000 dan rata-rata netizen turut sependapat dengannya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kaki shopping, takut

Artikel Lain