HANYA tinggal masa dijemput Ilahi, begitulah rintihan seorang ibu tiga anak yang didiagnosis menghidap kanser payudara tahap empat sejak Ogos tahun lalu. Wanita berusia 44 tahun itu dimasukkan ke hospital beberapa kali dan payudara bahagian kanannya terpaksa dibuang, dan kansernya itu telah merebak ke paru-paru. “Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ni paling kuat boleh tahan sampai raya ni je. “Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tiub dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin tenat,” luahnya di halaman Facebook Suami, Isteri, Keluarga Bahagia sebelum perkongsiannya itu menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sengaja tingggal kamera terpasang di rumah, isteri kantoi curang dengan kawan suami ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tikam awek suami selepas setuju seks bersama Namun, jauh di sudut hati, dia lebih terkesan dengan sikap suaminya yang sering menghilang pada waktu malam sejak dia dibenarkan keluar dari hospital. Sikap suami yang sering keluar malam menimbulkan tanda tanya. -Gambar hiasan Tidak pasti berapa lama suaminya bersikap begitu, tetapi andaiannya mungkin sejak dia terlantar di hospital kerana yang menjaganya di wad sepanjang dia di sana adalah anak perempuannya. “Lepas dua minggu kat rumah dan perhati perangai dia, saya cakap kat dia kalau dia nak kahwin lain saya bagi dan benarkan. Cuma jangan kahwin waktu saya hidup saja. “Saya nak tahu perempuan mana yang dia kacau tu. Dia tak marah dan tak nafikan apa-apa. Mungkin keadaan saya dah uzur, jadi dia kesian untuk bergaduh,” ujarnya. Dua hari selepas perbualan tersebut, penghidap kanser ini berkesempatan membuka telefon bimbit suaminya yang ketika itu pergi ke tandas. Terkejut saya bila dengar suara yang menjawab tu suara adik perempuan sendiri. Saya boleh sahkan dia adik saya bila dengar ‘background’ suara mak berleter kat belakang. PENGHIDAP KANSER PAYUDARA Betapa hancurnya hatinya sewaktu membaca perbualan WhatsApp bersama seorang wanita, mengenai rancangan untuk mendaftar masuk ke bilik hotel bersama, malam itu. Tidak mahu terus melatah, dia cuba menghubungi wanita misteri itu dan panggilan hanya dijawab selepas menggunakan kad sim anaknya. “Terkejut saya bila dengar suara yang menjawab tu suara adik perempuan sendiri. Saya boleh sahkan dia adik saya bila dengar ‘background’ suara mak berleter kat belakang. “Saya terus letak telefon dan terkedu. Adik saya janda muda baru 28 tahun, model tudung lagi. Mestilah orang berkenan, tapi kenapa yang berkenan tu mesti suami saya?,” soalnya dengan nada kesal. Paparan skrin perbualan WhatsApp antara seorang suami yang isterinya menghidap kanser dengan seorang wanita lain. Menurutnya, jika dia mengambil tindakan untuk menyerang suami dan adik sendiri, maruah keluarganya akan hancur, termasuk maruah suaminya di hadapan anak-anak. Dia membayangkan adalah lebih baik sekiranya perkara itu dirahsiakan supaya anak-anaknya tidak akan tahu betapa durjananya bapa mereka sebenarnya. “Saya mungkin dah tak lama atas dunia ni. Kalau saya diam, semua orang selamat. Saya rasa macam nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang. “Saya tak mahu susah siapa siapa. Saya dah sedia untuk pergi,” demikian rintihannya. Perkongsian di halaman Facebook itu mendapat kira-kira 3,000 perkongsian dan hampir 10,000 ulang kicau selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Rata-rata netizen amat bersimpati dengan nasib malang yang dialami wanita itu. "Puan jaga kesihatan puan. Anggap ini sebagai ujian terakhir daripada Allah SWT untuk puan. Harap si suami dan adik menyesal atas perbuatan mereka," kata Mashi Masitah. "Sepatutnye sebagai keluarga, bagi sokongan moral. Ni kau tikam kakak kau. Yang laki pula, fikir nafsu je. Bini dah sakit, suami makan luar," kata Hazmirah. "Kalau puan diam kan aje, ibarat puan benarkan mereka berzina. Apakata puan buat laporan kat pejabat agama. Bagi bukti screenshot ni sekali. Selebihnya berserah pada Allah SWT," kata Nurlain Mohd Pilus.