suria

Menggelabah sendirian tengok 'scene' tak senonoh, wanita akui mencarut sebab panik

Yasmin mengakui merakam video perbuatan lelaki itu untuk dijadikan bahan bukti jika perkara tidak diingini menimpanya. Foto ihsan Yasmin Radzmi.

JIJIK dan melampau. Itulah kata-kata yang tepat menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang melakukan adegan tidak senonoh semasa menunggang motosikal.

Perbuatan itu dirakam seorang jurulatih gimnasium yang secara tidak sengaja terpandang perbuatan melampau itu semasa kereta dipandunya berada dekat dengan motosikal ditunggang lelaki berkenaan.

Yasmin Radzmi ketika dihubungi mStar pada Ahad memberitahu insiden itu berlaku semasa dia dalam perjalanan dari Ampang menghala ke Mont Kiara di ibu negara, kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks dalam tren berjaya ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah cikgu 'gatal' curi gambar, perkenal dirinya sebagai pelacur di grup porno

"Waktu tu saya lalu Jalan Kuching, saya duduk dekat lorong paling kiri. Saya bawa kereta perlahan sebab lagi satu kilometer nak masuk ke susur kiri.

"Saya perasan ada motosikal di sebelah kereta. Jadi saya pandang tepi sebab risau terhimpit motosikal tu sebab motosikal itu macam rapat dengan kereta saya.

"Bila saya pandang, lelaki itu tengah asyik main alat sulitnya. Saya terkejut dan menggelabah sebab berseorangan di dalam kereta waktu itu. Penunggang motosikal itu tak toleh kiri kanan, tengah fokus buat benda tu," katanya.

Perbuatan itu dirakam tanpa disedari penunggang motosikal terbabit.

Jelas wanita berusia 28 tahun itu, dia memberanikan diri merakam perbuatan lelaki tersebut untuk dijadikan bukti sekiranya insiden tidak diingin berlaku terhadapnya.

"Dalam takut-takut tu saya beranikan diri untuk rakam. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa saya ada bukti.

"Saya terus angkat handphone dan rakam. Tangan kanan pegang handphone, tangan kiri pegang stereng. Memang panik betul waktu tu.

"Masa tu saya bawa slow jadi saya tak risau sangat sebab kereta depan saya pun jauh. Bila saya nak masuk ke simpang kiri, motosikal tu pun jalan terus. Saya lega dia tak ikut saya," katanya.

Bukan suka-suka rakam

Menurut Yasmin, dia merakam perbuatan itu bukan untuk suka-suka tetapi mahu pengalaman yang dilaluinya itu menjadi iktibar buat orang lain terutama wanita.

"Ada orang cakap saya post sebab nak viral. Sejujurnya saya tak ada masa nak viral-viral. Saya bukan budak-budak lagi. Saya dah kahwin... dah ada keluarga.

"Saya share post tu pun sebab tak nak benda tu terjadi dekat orang lain. Dalam post tu saya tag adik perempuan saya sebab risau keselamatan dia yang sering memandu berseorangan.

"Saya juga diminta untuk share video tu oleh ibu saya sendiri. Bayangkan benda tu berlaku dekat Jalan Kuching yang banyak kereta. Jadi saya nak beritahu bahawa tengah hari pun dah tak selamat sekarang," katanya.

Posting Yasmin menjadi tular di Twitter sejak Khamis lalu.

Minta maaf

Sementara itu, Yasmin turut meminta maaf di atas kata-kata kurang sopannya yang turut dirakam dalam video tersebut.

"Memang saya ada mencarut dalam tu sebab panik. Ia berlaku secara spontan.

"Dekat Twitter kita hanya boleh tulis kapsyen pendek je tapi saya ada tulis dekat posting di Facebook video ini tak sesuai untuk tontonan umum sebab saya pun ada sebut perkataan tak baik.

Saya terus angkat handphone dan rakam. Tangan kanan pegang handphone, tangan kiri pegang stereng. Memang panik betul waktu tu.

YASMIN RADZMI.

Jurulatih Gimnasium.

"Saya dah bagi amaran di situ. Saya minta maaf atas kata-kata saya itu. Saya cuma berniat nak ingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati," katanya.

Lapor polis

Sejurus selepas insiden itu, Yasmin berkata dia turut membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Saya buat report polis pada malam kejadian di Balai Polis Taman Bukit Indah, Ampang.

"Mereka ingatkan saya supaya lebih berhati-hati. Kalau ternampak lagi perbuatan macam tu, cuba pergi ke kawasan orang ramai macam stesen minyak," katanya.

Antara respons netizen yang turut melalui pengalaman sama seperti Yasmin.

Dalam pada itu, Yasmin turut berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

"Bila saya share post tu saya dapat reply daripada seorang wanita lain bahawa dia pun pernah ternampak lelaki sama, naik motosikal sama pada hari sama dan lakukan perbuatan tak senonoh itu di Shah Alam.

"Jadi saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu. Bukan apa untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi," katanya.

Video perkongsian Yasmin di Twitternya berhubung insiden itu mendapat 230,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 7,700 kali.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain