suria

Kejam! Monyet ditembak sampai berdarah kerana tak panggil ‘baby sayang’

Seorang pemuda (kanan) menembak seekor monyet selepas tidak memanggilnya 'baby sayang'. Sumber twitter @mckensz

KECOH di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya baby sayang.

"Kalau kau tak cakap baby sayang, aku tembak kau. Satu, dua, tiga," kata lelaki itu sebelum melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol kepada haiwan tersebut yang kemudian kelihatan terkulai layu.

"Lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang," tambah lelaki kejam itu dengan video menunjukkan kesan darah monyet tersebut akibat ditembak.

Bagaimanapun tidak dipastikan jenis senjata yang digunakan untuk menembak, begitu juga lokasi kejadian.

Turut tidak dapat dipastikan nasib haiwan malang itu.

Kesan darah dapat dilihat selepas monyet tersebut ditembak.

Video yang berdurasi 19 saat itu kini tular dan turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang berang dengan tindakan kejam tersebut.

"Aku tak tahulah jenis manusia apa laki ni. Tolong cari laki ni sampai jumpa. Kesian sangat kat binatang tu. Buat gurauan bodoh macam ni. Tolong cari mamat ni," ujarnya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @mckensz mendapat perkongsian lebih 18,000 kali.

Bercakap kepada mStar, pemuda yang lebih dikenali sebagai Ken itu memberitahu dia mendapat video berkenaan menerusi perkongsian dalam grup sembang Whatsapp pada Sabtu malam.

"Terkejut bila dapat video tu, kesian. Saya harap sangat kalau netizen kenal budak tu, tolonglah 'sekolahkan' sikit budak tu," katanya sambil menambah video tersebut dipercayai daripada WhatsApp story.

Seorang pengguna Twitter berang dengan tindakan kejam lelaki di dalam video.

Panggilan baby sayang mula meraih perhatian di laman sosial selepas netizen mengemukakan soalan kepada pelakon dan pengacara, Mira Filzah untuk memilih panggilan antara baby atau sayang, dan selebriti itu memilih baby sayang.

Bukan kata monyet je tak nak panggil baby sayang... manusia pun tak gamak nak panggil kau macam tuh. Kejam

NETIZEN

Mira Filzah turut mengulang kicau perkongsian Ken di Twitter dengan keterangan "This is the stupidest thing ive ever seen. Who is this guy?! (Ini adalah perkara paling bodoh saya pernah lihat. Siapa lelaki ini?!)."

Mira Filzah turut menyuarakan rasa kesal terhadap kekejaman yang disebabkan nama 'baby sayang'.

Selain Ken dan Mira Filzah, rata-rata netizen turut berang dengan tindakan lelaki di dalam video tersebut.

"Bukan kata monyet je tak nak panggil baby sayang... manusia pun tak gamak nak panggil kau macam tuh. Kejam," kata seorang netizen.

"Aku ingat pistol mainan mula-mula tu. Ya Allah mengucap panjang aku nampak darah tu. Kesian. Nak nangis," komen seorang netizen yang lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tembak, monyet, Mira Filzah, baby sayang

Artikel Lain