TINDAKAN seorang pemilik kenderaan yang meninggalkan dua ekor kucing dalam kereta ketika cuaca panas mengundang kemarahan orang ramai. Dalam satu kejadian pada Ahad lalu, dua kucing tersebut nyaris mati gara-gara kurang oksigen selepas ditinggalkan penjaganya di dalam sebuah kereta di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Kulai, Johor. Mujurlah ketika itu seorang wanita menyedari insiden tersebut dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan dua kucing berwarna oren itu. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu benci, kini belai! Anak gembira bapa terima Moon dalam keluarga, setiap hari tanya 'dah makan ke belum' ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut! Wanita yang hanya mahu dikenali Tokdaeng Tokpiee, 46, ketika dihubungi mStar berkata, ketika itu dia berada di kawasan parkir sambil menunggu pelanggannya membeli-belah di Johor Premium Outlet (JPO). “Saya berada di situ lebih kurang dua jam sambil menunggu pelanggan dari Jakarta singgah di JPO. Walaupun lemah namun kedua-dua kucing comel itu tidak berenggang antara satu sama lain. “Pada mulanya saya tidak ambil kisah apabila anak saya beritahu sebuah kereta berdekatan nampak macam bergerak. Anak saya pergi melihatnya dan dia bagitau ada dua ekor kucing. “Saya pun keluar dari kereta dan pergi tengok sendiri. Sedihnya tengok dua ekor kucing comel sedang terjelir lidah kepanasan," katanya yang bekerja sambilan sebagai pemandu. Melihat situasi cemas itu dari luar tingkap, Tokpiee memberitahu dia turut terpandang bekas makanan dan minuman yang diletakkan dalam kereta tersebut. “Kami cuba memanggilnya dari luar. Walaupun nampak seperti penat, kedua-dua ekor kucing itu masih mampu bergurau antara satu sama lain. “Tak lama kemudian saya lihat salah seekornya semakin lemah. Matanya berair seolah-olah menangis,” katanya. View this post on Instagram Tak sanggup nak tengok lama-lama. Kucing pun macam manusia, tak cukup oksigen boleh mati wooo. ? #mstaronlineofficial #mstarmns Video kredit : Tokdaeng Tokpiee A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 21, 2019 at 9:48am PDT Tokpiee memberitahu, beberapa orang yang menyedari kejadian itu menyuruhnya memecahkan cermin kereta tersebut. “Saya enggan dan tidak berani nak pecahkan cermin kereta itu. Jadi saya suruh anak saya pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan meminta buat pengumuman. “Kali pertama pengumuman dibuat tidak ada sebarang maklum balas, namun selepas kali kedua barulah datang seorang wanita," katanya. Walaupun tindakannya itu jelas tidak berperi kemanusiaan, wanita berkenaan masih memberikan alasan yang bagi Tokpiee tidak dapat diterima akal. “Saya terus memarahinya. Saya memang bengang, lebih-lebih lagi bila dia siap cakap ‘itu bukan kucing saya... abang saya minta tumpangkan’. Tak kisahlah kucing siapa pun, memang tak patut tinggalkan macam tu tanpa sebarang ruang udara. Nak shopping atau apa, pastikan bawa sekali ‘carrier’ atau tinggalkan di tempat yang selamat. TOKPIEE Penyelamat kucing “Tak kisahlah kucing siapa pun, memang tak patut tinggalkan macam tu tanpa sebarang ruang udara. “Nak shopping atau apa, pastikan bawa sekali ‘carrier’ atau tinggalkan di tempat yang selamat,” ujarnya. Tambah Tokpiee, dia tidak pasti berapa lama kucing-kucing berkenaan dibiarkan di dalam kereta tersebut kerana ketika dia sampai ia sudah berada di situ. “Kucing ni macam manusia juga. Kalau tinggal lama-lama di ruang tertutup, macam mana nak dapat oksigen dan boleh mati. Memang kesian tengok kucing-kucing itu,” katanya yang masih geram apabila memikirkan sikap wanita tersebut. Dalam pada itu, Tokpiee turut berkongsi rakaman kejadian di Facebook. Perkongsian Tokpiee di Facebook mengundang kemarahan netizen lain. “Ada juga segelintir yang mengecam dan menuduh saya sengaja mahu memalukan pemilik kucing itu dan ada yang pertikai kenapa saya tak pecahkan cermin, hanya rakam sahaja. “Saya sudah cerita semuanya dan kalau betullah saya nak malukan penjaganya, kenapa tidak ada gambar kereta atau muka pemiliknya? Saya hanya 'post' video kucing sahaja. “Yang penting saya sudah bantu selamatkan kucing itu yang nyaris mati dan saya harap orang ramai lebih peka dengan insiden seperti ini. “Tidak kira manusia atau haiwan, jika berada dalam situasi itu, ia boleh menyebabkan kecelakaan,” ujarnya lagi. Perkongsian Tokpiee itu mendapat perhatian warga media sosial dengan mencatat hampir 4,000 ribu perkongsian setakat ini.