BEBERAPA siri posting menerusi laman Instagram Faiz Roslan seakan-akan memberi bayangan selebriti media sosial itu sedang berdepan masalah depresi atau kemurungan. Terbaharu, dia tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut dan menafikan pelakuan itu dilakukan atas tujuan gimik semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: “Nama dah kotor, apa boleh buat”, Faiz Roslan ‘cuti’ sampai raya ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pernah kelar tangan hukum diri, gadis nasihat mangsa depresi "kalau nak baik, buat rawatan" ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka dedah pernah 'check in' Hospital Bahagia selepas kusut dengan 'awek', tiga kali putus cinta "Depresi dan kerisauan melampau adalah sangat serius. Daripada otak kau boleh berfikir sampai rela buat benda bodoh, sebagai contoh apa yang Faiz buat. Ya, salah tapi kita dah tiada masa nak fikir kerana sedih dan stress atas sebab tertentu tempoh hari. "Itu bukan gimik untuk naikkan nama. Siapa yang direct message (DM) Faiz, call, dia tau cerita. Tapi maaf saya tidak akan public kan cerita itu. "Salah, ya, perlu bimbingan pakar tapi kenapa, terutama warga Facebook yang hati sangat busuk sampai sanggup suruh saya kelar tu bagi dalam, kelar tu biar terus mati. Itu juga punca saya sedih. Tapi thanks warga Instagram & Twitter, semua memberi nasihat yang sangat baik," ujarnya remaja berusia 19 tahun ini menerusi laman Instagram. Salah satu posting yang dipercayai sudah dipadam dari Instagram remaja itu. Perkembangan membimbangkan itu turut mendapat perhatian Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) yang menggesa netizen agar tidak memberi tekanan kepada Faiz Roslan. Badan bukan kerajaan (NGO) itu turut memohon kerjasama orang ramai untuk tidak meninggalkan komen-komen negatif di laman sosial remaja itu yang mana ia berupaya memburukkan lagi keadaan sedia ada. “Dia perlukan bantuan dan sokongan. Kritikan dan kecaman netizen akan memburukkan lagi keadaan. Kalau tiada kata-kata yang positif untuk dikongsikan, kami mohon anda tidak memberikan komen. “Kita berikan dia ruang dan doakan beliau. Terima kasih semua,” tulis pengendali Facebook itu. Ia turut disertakan dengan beberapa tanda pagar #withloveandsolidarity, #miasamalaysia, #jouneytorecovery dan #everyonematters. Sejak beberapa hari lalu, remaja yang menempa populariti menerusi video-video parodi di Instagram dan Youtube itu memuat naik posting berkaitan depresi dan bunuh diri. Depresi atau kemurungan adalah gangguan mental dan perasaan yang berbeza dengan stres atau tekanan jiwa. Ia boleh menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Penyakit ini boleh dihadapi sesiap sahaja tanpa mengira usia, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya. Antara posting di laman Insta Story Faiz Roslan. Malah, foto lengan cedera dipercayai akibat kesan dikelar yang dimuat naik turut membimbangkan netizen. “Komen jahat, kawan palsu, pengkhianatan. Adakah kamu mahu betul-betul mati? “Tak ada orang bunuh diri sebab nak mati, jadi kenapa mereka lakukannya? Sebab mereka mahu tamatkan kesakitan,” tulis Faiz Roslan pada satu posting yang sudah dipadam dari laman Instagram. Dalam pada itu, Faiz Roslan turut berterima kasih terhadap netizen yang menghantar kata-kata positif buat dirinya. Sebahagian netizen yang menghantar sokongan buat Faiz Roslan. Dia sempat memuat naik beberapa direct message (DM) yang diterimanya yang mana netizen memberi sokongan dan mengharapkan yang terbaik buat dirinya. Untuk rekod, Faiz memiliki 115,000 pengikut di laman Instagram. Selain itu, pelayar Twitter turut membuat gesaan agar netizen tidak mengeruhkan lagi keadaan yang melanda remaja lelaki ini. “Adakah Faiz Roslan baru sahaja kelar tangannya? Bukan peminat tegar tapi tolonglah jangan kecam dia,” tulis seorang individu sehingga menerima hampir 1,000 ulang kicau (Retweet).