GARA-gara tidak berpuas hati akibat dihon pemandu sebuah kereta ketika menunggang motosikal, seorang lelaki bertindak seperti samseng dengan menghayunkan topi keledarnya ke arah cermin kereta terlibat. Menerusi rakaman video, kejadian dipercayai berlaku di Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Rabu lebih kurang pukul 5.50 petang. Difahamkan, tindakan lelaki berkepala botak itu berpunca daripada hon yang dibunyikan oleh pemandu kereta berkenaan hingga membuatkan dia berang. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat” ARTIKEL BERKAITAN: “Kaulah bodoh, kaulah gila” punca wanita makan penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal' Menerusi rakaman itu, jelas kelihatan lelaki terlibat memberhentikan motosikalnya sebelum mencapai topi keledar dan menghentaknya pada cermin kereta berkenaan. Perbuatan itu ternyata dilakukannya tanpa menyedari wajahnya dirakam kamera yang dipasang dalam kereta mangsa yang mengekori belakang motosikalnya sejak sebelum kejadian. View this post on Instagram Nah hentak! Garang betullah abang ni. #mstaronlineofficial #mstarmns Video: Facebook A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 29, 2019 at 11:46pm PDT Punca mangsa membunyikan hon kerana lelaki itu dilihat berborak dengan penunggang motosikal lain, sekali gus menghalang laluan mangsa. Rakaman berdurasi lebih kurang tiga minit itu telah tular di media sosial. Sebahagian komen netizen terhadap insiden itu. Sementara itu, seorang lelaki Siew Chean Voon yang dipercayai bapa kepada mangsa memuat naik status di Facebooknya mengenai insiden tersebut. "Dua lelaki Melayu sepanjang jalan berborak. Anak saya sedang memandu dan membunyikan hon ketika melintasi mereka. "Selepas itu, mereka datang dan memecahkan cermin kereta anak saya. Ia sama sekali tidak mematuhi undang-undang."