SELEPAS seorang peguam bersimpati dengan nasib abang botak yang dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya, seorang pemuda pula tampil menawarkan bantuan. Bukan bantuan dari segi permohonan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Danial Abdullah Tan, tetapi tawaran untuk menanggung kos ganti rugi cermin kereta jenis Perodua Alza milik pengadu, Siew Chean Voon. ARTIKEL BERKAITAN: Peguam wanita nak bantu abang botak, “Muka saya macam bodoh je, tapi pernah bebaskan lelaki dihukum penjara 15 tahun” ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak dipenjara 12 bulan, “Dia tunjuk jari kepada saya” ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam Menurut Mohd Fadzli Ramli di laman sosial, tawaran itu dibuat selepas mengenangkan kesedihan dua anak lelaki berusia 31 tahun yang terpaksa beraya tanpa bapa mereka. “Terbaca tentang abang botak kena hukum penjara setahun, ini bermakna dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pula bila mengenangkan dia ada dua anak kecil lagi. “Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Perodua Alza kepunyaan pengadu,” katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya pada pagi Sabtu. Rakaman video abang botak mahu melemparkan topi keledar pada cermin sebuah kenderaan. Walaupun mengakui tindakan lelaki salah, Mohd Fadzli berpendapat lelaki berpenampilan botak itu wajar diberi peluang kedua dan kejadian itu sepatutnya memberi pengajaran kepada semua. “Abam tak nafikan yang Danial bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua. Lagi pula lepas abam dapat tau pasal anak-anaknya, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. “Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pula yang berada di tempat Danial. Mungkin nasibnya tak baik pada hari kejadian. “Abam tak mahu pertikaikan tentang hukuman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam maka tak nak berhujah apa-apa pasal keputusan mahkamah tu,” tambahnya. Mohd Fadzli Ramli. Mohd Fadzli berkata, dia pernah menjadi pengguna motosikal sebelum ini dan hanya yang merasai pengalaman itu akan memahami situasi yang berlaku. “Yang pernah bawa motor je mungkin faham akan situasi ini. Kadang-kadang ada perkara yang terjadi kat jalan raya boleh mendorong ke arah perilaku macam tu,” katanya. Abam tak nafikan yang Danial bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua. Lagi pula lepas abam dapat tau pasal anak-anaknya, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. MOHD FADZLI Sehubungan itu, dia meminta Chean Voon atau sesiapa yang mengenali pengadu untuk berhubung dengannya bagi urusan ganti rugi cermin kereta. “Sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Danial agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarganya sempena nak menyambut Hari Raya tak lama lagi,” ujarnya. Abang botak terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta. Terdahulu, seorang peguam tampil mahu membantu Abang Botak untuk mengemukakan permohonan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan. Peguam tersebut, Suzana Norlihan Ujen menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap pemuda berusia 31 tahun itu, sebagai tidak adil. Abang Botak terpaksa beraya di sebalik tirai besi apabila dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di Petaling Jaya pada Jumaat selepas disabitkan kesalahan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya. Ketika ditanya mahkamah puncanya melakukan perbuatan itu, tertuduh menjelaskan pemandu kenderaan terbabit cuba menghimpitnya bersama seorang lagi pembonceng motosikal sebanyak dua kali. “Puncanya apabila dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya hingga ke haluan bertentangan. Saya cuba menghentikannya untuk berbincang, namun dia menunjukkan tanda jari hingga menyebabkan saya melakukan tindakan itu,” katanya dengan nada sebak.