suria

Viral video remaja gelak... Siapa sangka sahabat bersedih di sebalik rakaman tak sengaja itu, “Harap dia tak lupa saya”

Wani bersama salah seorang kawan baiknya, Nurnajlaa (kiri).

SELAIN ahli keluarga, rakan baiklah yang menjadi tempat berkongsi perasaan gembira dan sedih, apatah lagi jika dia 'satu kepala' dalam pelbagai perkara.

Ramai sebenarnya yang mempunyai rakan baik, namun tidak semua yang berperangai sempoi dan 'gila-gila'.

Seorang remaja berusia 15 tahun, Durar Liwani Mohd Fazi tular apabila berkongsi video ringkas tapi dianggap melucukan mengenai salah seorang kawan baiknya yang memang terkenal dengan sikap suka menyakat dan sentiasa 'happy go lucky'.

Dalam video tersebut kelihatan, seorang remaja perempuan sedang ketawa sambil berlari tercungap-cungap selepas menyakat Durar Liwani dengan membawa lari telefon bimbitnya.

Menurut remaja yang tinggal di Kepong ini, dia dan kawan baiknya Nurnajlaa Ridwah telah berkawan hampir 10 tahun memandangkan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut kawan baik di tadika belajar di kampus sama... netizen usik 'jodoh', tuan badan kata “kami unik”

ARTIKEL BERKAITAN: Meracau setiap kali malam Jumaat… Mohd Fitri tak sangka disihir kawan sendiri!

"Kami memang sudah berkawan lama dan sudah mengenali perangai masing-masing. Walaupun dia tua setahun daripada saya, tetapi kami 'sekepala'.

"Saya ni jenis suka merakam apa sahaja aktiviti harian dengan kawan-kawan dan berkongsi di media sosial. Nurnajlaa ni pula jenis spontan dan tak kisah, itu yang buatkan kami selalu gembira dengannya," ujar anak sulung daripada lima orang adik beradik ini.

Wani (tengah) bersama kawan baiknya, Nurnajlaa (kiri) dan Reen.

Bagaimanapun menurut Durar Liwani yang lebih mesra disapa Wani, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih kerana Nurnajlaa, salah seorang daripada sembilan kawan baiknya akan berpindah tidak lama lagi.

"Walaupun dia hanya berpindah ke Puchong, tetapi saya risau hubungan kami tidak lagi mesra seperti sekarang.

Selalu juga kami bergaduh atau bermasam muka. Cuma antara kami tidak pernah simpan marah atau rajuk tu lama-lama.

WANI

"Sejak dulu lagi apa sahaja saya buat pada waktu lapang, dia mesti ada melepak bersama selepas waktu sekolah atau musim cuti.

"Saya harap nanti, dia tidak akan lupakan saya bila dah di tempat baru kelak," kongsinya kepada mStar.

Menurut Wani, tipulah jika dia mengatakan sepanjang persahabatan ini, mereka tidak pernah bergaduh.

"Selalu juga kami bergaduh atau bermasam muka. Cuma antara kami tidak pernah simpan marah atau rajuk tu lama-lama.

"Senang sahaja nak pujuk dia, saya rekod sahaja apa yang dia buat dan lama-kelamaan hilanglah marah tu.

Sebahagian daripada komen video yang dimuat naik Wani.

"Sebenarnya banyak juga video pasal aktiviti kami dikongsikan di Twitter. Dan tak sangka pula video rakaman yang dia melarikan telefon bimbit saya tu menjadi viral.

"Ketika itu kami sedang membeli-belah di sebuah pasar raya. Tiba-tiba dia rampas dan larikan telefon tu, dalam masa sama tak sengaja merakam muka dia sendiri sambil gelak-gelak.

"Memang kelakar kalau tengok video dia gelak tu," ujarnya mengenai rakaman video berdurasi sembilan saat yang menjadi tular di Twitter.

Malah video tersebut turut mendapat lebih 8,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata pengikut Twitter amat terhibur dengan video spontan dan dirakam secara tidak sengaja itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kawan baik, gila-gila

Artikel Lain