suria

Berpada-padalah! Nak cantik punya pasal wanita ini berdepan risiko mata kanannya buta... "Dah tukar jadi hulk ni"

Bola mata Mila bertukar hijau disebabkan maskara yang tidak sesuai dengan kulitnya.

SETIAP wanita pasti ingin kelihatan cantik sepanjang masa lebih-lebih lagi di pagi lebaran. Maka tidak hairanlah jika pouch berisi alat solek akan sentiasa dibawa ke mana sahaja.

Namun malang tidak berbau bagi wanita berusia 22 tahun ini apabila bola matanya bertukar kehijauan gara-gara maskara yang dipakainya.

Itulah kisah tragis yang dilalui Nursyamila Shamsul kesan penggunaan alat solek itu dua minggu selepas majlis pernikahannya pada November lalu.

"Malam tu saya bersihkan solekan di muka dengan make up remover. Saya buang juga maskara tapi masih melekat dekat bulu mata. Lepas tu mata saya bengkak sedikit.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata pedih macam terbakar selepas guna produk cleansing warna

"Setiap kali saya guna maskara akan jadi macam tu, mulanya saya fikir ketumbit. Tapi bila bengkak berlarutan sampai dua minggu sampai nak tidur pun tak boleh, saya jadi tak tahan," katanya kepada mStar.

Bimbang keadaan matanya itu, Nursyamila atau lebih mesra disapa Mila berkata, dia ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan.

"Mula pergi tu doktor cakap bengkak biasa. Saya pun pelik bengkak biasa macam tu sebab sampai dua minggu tak baik-baik. Jadi saya pun pergi jumpa seorang lagi doktor.

Maskara yang didakwa membuatkan mata Mila membengkak dan bertukar warna kehijauan.

"Dia kata saya kena refer doktor pakar sebab mata dah teruk... dah luka dekat dalam. Lepas tu dia tanya sama ada saya pernah pakai kanta lekap, saya cakap tak pernah dan hanya pakai maskara. Jadi dia nasihatkan saya untuk berhenti guna produk tu," katanya.

Atas nasihat doktor, Mila segera bertemu dengan doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah ditemani suaminya.

"Doktor beritahu mata saya dah luka dan kena jangkitan kuman. Bila saya bangun tengok cermin mata dah hijau. Doktor cakap mata dah tukar warna sebab effect benda (maskara) tu.

"Lepas tu doktor minta kebenaran untuk titik ubat nak kembangkan anak mata. Ubat titik tu buat mata saya jadi kabur... tak boleh nak baca mesej ke apa, memang tak nampak langsung," katanya.

Dia (doktor) kata kalau masih guna lagi mungkin saya tak boleh nampak dah lepas ni. Saya pun trauma. Saya masih make up macam biasa. Nama pun perempuan nak cantik juga cuma saya dah stop guna maskara tersebut.

NURSYAMILA SHAMSUL.

Suri rumah.

Selepas menerima rawatan itu, Mila berkata dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak lagi menggunakan produk kecantikan itu.

"Doktor nasihat supaya stop guna. Selalunya doktor kata banyak kes membabitkan perempuan muda disebabkan penggunan kanta lekap dan juga maskara. Dia beritahu cara penggunaan salah, mungkin terlebih guna atau terkena mata.

"Dia kata kalau masih guna lagi mungkin saya tak boleh nampak dah lepas ni. Saya pun trauma. Saya masih make up macam biasa. Nama pun perempuan nak cantik, cuma saya dah stop guna maskara tu," katanya.

Mila berkongsi kisah mengenai keadaan matanya di InstaStorynya.

Ditanya mengenai kesakitan pada matanya ketika itu, Mila berkata mata kanannya terasa amat pedih.

"Masa tu memang pedih sangat-sangat. Mata saya sebelah warna hijau tu nampak kuning je. Saya tak nampak sebelah, sampai menangis-nangis takut buta.

"Nasib baik mata warna hijau tu berlaku kejap je dalam sehari macam tu kemudian hilang. Tapi sekarang semua dah Ok cuma kadang-kadang rasa gatal. Mungkin belum pulih sepenuhnya," kata suri rumah itu.

Dalam pada itu, Mila turut menasihati semua wanita supaya sentiasa berwaspada dengan alat solek yang digunakan pada wajah masing-masing.

"Tidak semua produk itu sesuai dengan kita. Jadi kita kena bijak memilih produk terbaik untuk kulit masing-masing.

"Bagi yang nak kelihatan cantik tu berpada-padalah sebab Allah dah bagi kita cukup sempurna dah. Tak payah nak ubah apa-apa. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mata hijau, maskara, Mila, ketumbit

Artikel Lain