suria

20 hari pergi selamanya, hari ulang tahun ibu pertama kali tanpa Adamdidam

Kenangan... Allahyarham Adamdidam bersama ibu tercinta.

SUDAH 20 hari chef selebriti Muhammad Adam Mahamed Ismail dijemput Ilahi.

Rasa sayu menyelubungi keluarga Allahyarham Aidilfitri kali ini dan lebih menghibakan hari ulang tahun ibu tercinta,  Bibi Aishah Hukum Khan jatuh pada 4 Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan duka dari UK... hanya Fatimah yang tahu, “Mohon doakan, dia dalam proses untuk pulih”

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu Fatimah tak boleh menangis selepas Mamajee 'pergi', tiba-tiba meraung 'bertemu' arwah... “Tiada siapa boleh ganti Adam”

Buat pertama kali, ibu Muhammad Adam atau lebih dikenali sebagai Adamdidam menyambut ulang tahun kelahirannya tanpa anak bongsu daripada lima beradik itu di sisi.

“20 hari lalu, kami kehilangan adik kami. 20 hari lalu, anak-anak kehilangan Mamajee mereka. 20 hari lalu, ibu kami kehilangan anak lelaki mereka... anak lelaki bongsunya, Muhammad Adam.

“Dan hari ini (Sabtu) adalah hari ulang tahun ibu ke-66. Hari ulang tahunnya yang pertama kali tanpa Adam. Semoga Allah satukan kita semua di Jannatul Firdaus,” menurut perkongsian di laman sosial Instagram @thefamily.uk pada Sabtu.

Allahyarham Adamdidam (kanan) membuat posting mengenai hari ulang tahun kelahiran ibunya di laman sosial, genap setahun yang lalu.

Turut dimuat naik adalah video kenangan Allahyarham Adamdidam mengucup pipi ibunya, serta posting Adamdidam mengenai ulang tahun ibunya genap setahun lalu.

“Saya lahir, dia (ibu) ada. Saya menangis, dia ada. Saya lompat, dia ada. Dia ada untuk menyayangi saya. Dia ada untuk memeluk saya. Dia ada untuk melindungi saya.

“Dia menjaga saya walau apa jua keadaan. Dia menghiburkan saya walau ada jua keadaan. Dia faham apa yang saya tak dapat perkatakan. 

“Dia beri saya keyakinan. Dia mengajar saya segala-galanya tentang kebaikan. Dialah sebab saya menjadi seperti hari ini. Dialah ibu saya! Saya sayang kamu, Mummy. Selamat hari ulang tahun Mummy.

ALLAHYARHAM ADAMDIDAM

“Dia beri saya keyakinan. Dia mengajar saya segala-galanya tentang kebaikan. Dialah sebab saya menjadi seperti hari ini. Dialah ibu saya! Saya sayang kamu, Mummy. Selamat hari ulang tahun Mummy,” menurut coretan arwah di Instagram miliknya menerusi video berlatarkan audio surah Al-Fatihah. 

Ramai yang mengetahui Adamdidam dengan panggilan Mamajee begitu rapat dengan tiga anak saudaranya Instagram trio popular @thefamily.uk.

Fatimah Omar Mukhlis bersama adik-beradiknya popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Allahyarham Adamdidam yang juga peserta rancangan Hero Oven meninggal dunia 19 Mei lalu pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain