DEK kerana terdesak untuk cari duit, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Jika sebelum ini scammer atas talian paling banyak dikesan, tetapi jangan terkejut sekarang ini penipu ada ada di mana-mana dan boleh muncul di depan mata. Terbaharu seorang mangsa penipuan, Abdul Hakim Shahbuddin berkongsi insiden yang berlaku ketika dia beriadah bersama keluarga termasuk abang iparnya di Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam, minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran” ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh bayar dah bayar, tapi kucing tak muncul-muncul juga! Di sebalik kegembiraan dan keterujaan menghabiskan masa bersama keluarga, berlaku kejadian tak diingini ketika mereka dalam perjalanan pulang. "Selepas selesai mandi manda lewat tengah hari kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan. Lelaki yang didakwa berlagak seperti mekanik sedang membaiki kereta Abdul Hakim. "Baru beberapa kilometer bergerak balik tiba-tiba temperature (suhu) kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiator air kering kontang, bila isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah. "Tak sampai lima minit tiba-tiba datang seorang lelaki bermotosikal tanyakan keadaan kereta aku," kongsinya di Facebook. Kemunculan lelaki itu sedikit sebanyak membantu melegakan Abdul Hakim dan selepas diperiksa, lelaki tersebut memberitahu radiator keretanya bocor dan ada skru yang hilang. Dia beritahu: "Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. Lagi 10 minit saya sampai." Abdul Hakim memuji lelaki tersebut di dalam hati, "bagusnya dia ni." Menurut Abdul Hakim, sementara menunggu lelaki itu ke bengkel, tiba-tiba abang iparnya menelefon memberitahu keretanya juga rosak, temperature naik dan skru hilang. "Pomen (mekanik) tadi pun datang semula tetapi dia kata skru baharu tak ada, hanya second hand. Abdul Hakim berkongsi pengalamannya di Facebook dan mendapat perhatian pelayar lain. "Aku dah mula sangsi. Sambil dia pasang aku macam ada bau scammer jadi aku tangkaplah gambar untuk simpan sebagai kenangan di hari tua. "Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Dia cakap tak kisah nak bagi berapa. Aku tanya, RM10 boleh? Dia jawab tak boleh lah bang, RM30 lah bang. "Minta diskaun pun tetap suruh bayar harga tu. Malas panjang cerita aku bagi je. Rezeki dia kerja hari cuti ni. "Aku hubungi abang ipar dan tanya ada tak orang datang naik motor merah lagak seperti pomen dan dia akui memang ada. Orang itu katanya ke pergi bengkel ambil skru. "Ternyata modus operandinya sama, hebat pomen scam ni," tulis Abdul Hakim sambil menambah abang iparnya dikenakan caj sebanyak RM65. Sebahagian daripada komen pelayar Facebook mengenai scammer. "Abang ipar buat tak layan dan dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang sendiri. "Sekali dia bagi skru yang sama macam saya punya. Ada calar-calar sikit," katanya yang yakin kedua-dua kereta itu sengaja dirosakkan. Susulan insiden itu, Abdul Hakim mengingatkan mereka yang ingin beriadah di sekitar air terjun Ulu Yam atau di mana sahaja supaya memeriksa keadaan kereta sebelum dan selepas ia diparkir. "Bagi pihak pengusaha kawasan air terjun, mungkin boleh ditambah baik ciri keselamatan di kawasan letak kereta, kafe atau tandas dengan memasang CCTV," tulisnya.