suria

Sapu krim kecantikan di badan ular, stokis tak anggap mendera “Hanya nak tunjuk boleh cover cela di wajah, itu saja”

Video tersebut menerima kecaman netizen.

SELEPAS dikecam netizen gara-gara menggunakan ular sebagai 'model' untuk mempromosikan krim asas menerusi siaran live Instagram, salah seorang daripada stokis produk kosmetik terkemuka itu tampil memberi penjelasan.

Menurut stokis produk kosmetik mesra wuduk itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Yui, video tersebut dikongsi dari live Facebook yang dibayar untuk mempromosikan produk kecantikan berkenaan.

"Video tu live dari jamumall.com yang dibayar ibu pejabat untuk mempromosikan produk kecantikan kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh revie produk guna ular, aksi 2 gadis ini bikin ramai berang... "Dah tak ada manusia ke nak dijadikan model"

ARTIKEL BERKAITAN: "Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada binatang" - Gadis terkejut kawan 'online' aniaya monyet, mahu dikenakan tindakan

Bagaimanapun stokis produk kosmetik di Negeri Sembilan itu mendedahkan reptilia berkenaan digunakan secara kebetulan.

"Kebetulan pada hari itu, Siti Jamumall (wanita dalam video) ada jumpa ular, jadi dia try pada haiwan tu.

Video yang tular itu turut mendapat perhatian penyanyi, Ernie Zakri.

"Jadi sebenarnya bukan perancangan dari awal untuk guna ular itu semasa live tersebut," katanya.

Walaupun netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai penganiayaan terhadap haiwan, Kak Yui berfikiran sebaliknya.

"Saya tak rasa itu satu penderaan sebab kita hanya test di badan ular. Jadi tak ada unsur-unsur kecederaan atau memudaratkan haiwan itu.

"Kebetulan pada hari itu, Siti Jamumall (wanita dalam video) ada jumpa ular, jadi dia try pada haiwan tu.

KAK YUI.

"Samalah macam kita test pada telur puyuh juga. Hanya untuk tunjuk yang produk tu high coverage, boleh cover segala cela dekat wajah. Itu sahaja," katanya.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan seorang gadis bersama seorang lagi individu memegang seekor ular kecil sebelum menyapu krim asas ke badan haiwan itu tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 31 saat itu yang dikongsi seorang pelayar Twitter menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menyiksa haiwan berkenaan.

Nombor pihak berkuasa turut dilampirkan di Twitter.

"Dah kenapa nak letak foundation dekat ular, kesian ular tu," tulis pengendali akaun berkenaan.

Video yang dimuat naik pada Sabtu itu mendapat 8,100 ulang kicau dan 4,200 tanda suka.

Berang dengan tindakan itu terdapat segelintir netizen yang melampirkan nombor telefon talian bebas tol Jenayah Hidupan Liar dan Perhilitan menerusi ruangan komen dengan harapan agar kes itu dilaporkan kepada pihak berwajib.

Selain itu, pelayar Twitter turut meluahkan terkilan dengan strategi pemasaran tersebut yang dianggap melampau dan kurang bijak.

"Dah tak ada manusia ke nak dijadikan model? Ular bukan haiwan untuk uji kaji produk," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain