BILANGAN tetamu yang dijemput ke rumah terbuka penting buat tuan rumah bagi memastikan masakan yang dimasak mencukupi. Namun ada juga individu yang berjanji untuk hadir tetapi akhirnya tidak muncul, menyebabkan makanan yang disediakan berlebih-lebihan. Demikian yang dialami oleh Amir Syarifuddeen Al Ghaffar yang kecewa dengan beberapa rakannya yang membatalkan rancangan untuk beraya di rumahnya Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gigih masak walau tangan patah, tuan rumah menangis tunggu saudara tak muncul sampai 10 malam, “Harap mereka tak lupakan mak” ARTIKEL BERKAITAN: 'Open house' tak jadi, kesian anak tercongok depan pintu Amir mengadakan rumah terbuka dengan harapan dapat bermesra dan bertanya khabar rakan-rakan lama. Amir Syarifuddeen atau mesra disapa Amir ketika dihubungi mStar berkata, pelbagai jenis hidangan sudah disediakan oleh ibunya buat rakan-rakannya itu. "Saya ada rancang untuk buat rumah terbuka khas untuk kawan-kawan dua minggu sebelum ia diadakan. Sehari sebelum itu, saya jemput kawan-kawan sekolah dan universiti melalui group WhatsApp. "Ada yang respon nak datang tapi saya tunggu tak muncul... sampailah saya bagitahu makanan dah masak banyak barulah mereka kata tak dapat datang," katanya yang menetap di Damansara Damai. Tindakan rakan-rakannya jelas sekali mengecewakan Amir kerana rumah terbuka antara salah satu usahanya untuk berjumpa dengan mereka yang sudah lama tidak bertanya khabar. Bukan sahaja hidangan sudah dimasak awal oleh ibunya, dia juga berhempas pulas mengemas serta menghias rumah bersama ahli keluarga yang lain. Amir berharap apa yang dialaminya tidak akan berulang pada tahun-tahun berikutnya. Antara juadah yang disediakan termasuklah Nasi Tomato, Lontong dan Ayam Masak Merah. Di sebalik peristiwa sedih yang dialami pemuda berusia 24 tahun ini, dia kagum apabila menyedari masih ada segelintir individu yang menghargai jemputan rumah terbukanya. "Saya ada juga jemput kawan-kawan pejabat termasuk yang berbangsa India dan Cina, walaupun jemput 'last minute' mereka sanggup datang selepas balik kerja. "Ada seorang kawan pejabat saya berbangsa Cina sanggup naik MRT dari Cheras ke rumah saya di Damansara Damai sebab dia bagitahu itu kali pertama dia dijemput ke rumah terbuka... dia sangat teruja. "Lebih terharu seorang kawan India datang juga ke rumah terbuka walaupun terpaksa berdepan 'traffic jam'," ujarnya yang kini bekerja sebagai perunding komputer di sebuah syarikat di Putrajaya. Posting yang dimuat naik Amir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Tambah Amir, dia bukan seorang rasis kerana ada juga rakan sebangsa yang menunjukkan usaha sama namun sikap individu yang memandang remeh jemputan rumah terbuka jelas sekali tidak patut dicontohi. Sementara itu, paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan luahan kecewa Amir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. "Saya post di Twitter hanya sekadar luahan perasaan sahaja. Sebenarnya saya sangat jarang buat rumah terbuka dan tahun ini saya rasa teruja nak buat. "Tetapi itulah, saya mengharapkan mereka yang sudah lama tak berjumpa untuk datang tetapi sebaliknya, kawan-kawan pejabat yang saya selalu jumpa setiap hari sanggup datang memeriahkan rumah terbuka," tulisnya. Amir juga berharap agar tahun-tahun berikutnya, kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi. Posting tersebut meraih lebih 7,320 ulang kicau dan 4,554 tanda suka sejak 30 Jun lalu. Tambah Amir, dia bukan seorang yang rasis kerana ada juga rakan sebangsa yang menunjukkan usaha yang sama. Namun sikap individu yang jenis memandang remeh jemputan rumah terbuka jelas sekali tidak patut dicontohi. Sementara itu, paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan luahan kecewa Amir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Tambah Amir, dia bukan seorang yang rasis kerana ada juga rakan sebangsa yang menunjukkan usaha yang sama. Namun sikap individu yang jenis memandang remeh jemputan rumah terbuka jelas sekali tidak patut dicontohi. Sementara itu, paparan skrin WhatsApp yang menunjukkan luahan kecewa Amir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.