suria

Pelajar kantoi tumbuk cili sambil nyanyi lagu jiwang ciptaan sendiri, malu bukan sebab suara, “Tak pakai baju, segan sikit”

Adib tidak menyedari rakaman yang dibuat oleh rakan serumahnya.

HIDUP sebagai orang bujang, pelbagai kisah atau adegan menarik yang dirakam, lebih-lebih lagi jika dikelilingi kawan-kawan yang 'sekepala'.

Pengalaman hidup bujang bersama rakan lain menjadikan seseorang itu lebih berdikari, termasuklah secara automatik rajin ke dapur.

Bagi Muhammad Adib Imran Razak yang baru bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ini merupakan satu peluang terbaik untuk dia hidup berdikari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

"Walaupun memang orang Cheras, saya jarang keluar rumah, jadi Shah Alam ni macam tempat baharu bagi saya.

Adib (depan, dua dr kanan) bersama sebahagian daripada rakan-rakan serumahnya.

"Pengalaman ini sangat bermakna kerana kini tinggal di rumah sewa bersama pelajar-pelajar lain. Alhamdulillah semua baik-baik dan yang penting mereka pandai memasak.

"Biasanya rakan serumah yang masak dan saya hanya menolong apa yang patut sahaja," kongsi pelajar Politeknik Shah Alam itu kepada mStar.

Dulu lepas putus cinta terus timbul idea cipta lagu. Ada juga pengalaman  kawan-kawan yang turut dikongsikan dalam lagu ini.

MUHAMMAD ADIB IMRAN RAZAK

Cerita remaja 18 tahun itu lagi, minggu lalu dia diminta oleh rakan serumahnya untuk membantu memasak hidangan makan malam.

"Saya dengan senang hati bersetuju. Terus capai batu lesung dan tumbuk cili dengan bawang. Saya memang suka menyanyi, jadi tumbuklah cili tu sambil menyanyi.

"Tak sangka pula seorang rakan serumah, Ikhwan Hakimi merakam dan upload di Twitter. Saya ni jenis tak aktif media sosial. Dia suruh saya tengok Twitter dan nampak video saya menyanyi tu dah jadi viral," jelasnya.

Menurut Adib, video itu juga telah sampai ke pengetahuan keluarganya.

"Ibu ada tanya betul ke itu saya. Mula-mula saya tak mengaku tetapi selepas itu kantoi dengan keluarga.

"Saya memang rasa malu sebab masa tu tak pakai baju, jadi segan sikit. Tetapi video dah viral, jadi buat-buat cool je lah," katanya.

Adib (kiri) bersama Ikhwan yang memuatnaik videonya di Twitter.

Meminati lagu-lagu lama dan berirama RAP, kata Adib, lagu yang dinyanyikannya itu sebenarnya ciptaannya sendiri. 

"Dulu lepas putus cinta terus timbul idea cipta lagu. Ada juga pengalaman  kawan-kawan yang turut dikongsikan dalam lagu ini," jelasnya.


Sebahagian komen netizen terhadap video nyanyian Adib.

Berikutan bakat nyanyian dan mempunyai suara lunak merdu, Adib mengakui dia sentiasa menjadi 'penyanyi' di rumah sewanya.

"Ada juga kawan-kawan minta saya menyanyi kalau ada masa lapang, kadang-kadang untuk hilangkan tekanan belajar, ada ketikanya kami nyanyi bersama.

"Ia setakat hobi sahaja, tetapi kalau ada peluang apa salahnya jadi penyanyi," gurau Adib.

Rakaman video yang dimuat naik rakan Adib (Wantutriiii) ini mendapat lebih 13,000 ulang kicau. Rata-rata netizen tertarik dengan lirik lagu yang dinyanyikan Adib. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Menyanyi, tumbuk cili, pelajar

Artikel Lain