suria

Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’... “Rupa-rupanya di sini pengakhirannya”

Kenangan Faziera bersama suami dan anaknya.

SUDAH menjadi ketentuan yang hidup pasti akan mati, cuma bila dan bagaimana, kita tidak pernah tahu jawabnya.

Lebih menyedihkan, apabila seseorang itu pergi buat selama-lamanya dalam keadaan mengejut dan tidak disangka.

Berkongsi cerita sedih mengenai kematian suaminya, Faziera Hasna Hassan mengakui sehingga kini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang dikahwini lebih setahun setengah, Mohamad Nurhanif Mohyidin pergi selama-lamanya selepas maut dalam satu kemalangan di Kulai, Johor, Rabu lalu.

Guru muda berusia 26 tahun ini memberitahu, ketika kejadian suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duka anak maut tragedi kebakaran pusat tahfiz belum pun hilang, kini suami pula meninggal dunia akibat elak kucing, “Dia kata nak tukar pintu baharu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku amat sedih” - Som Yai tak sempat kering air mata... hilang suami, tiga anak

Jelasnya, pada hari itu suaminya meminta dia pulang lebih awal kerana anak mereka, Mohamad Aryan Mikail tidak sihat dan akan dibawa ke klinik.

Faziera memberitahu suaminya terlibat dengan kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerja.

"Saya menunggunya di rumah bersama anak, tapi lain pula yang datang. Ada orang datang di rumah dan beritahu suami saya kemalangan tanpa bercerita keadaannya.

"Saya terus tinggalkan anak dengan pengasuh dan bergegas ke tempat kejadian yang terletak lebih kurang setengah jam dari rumah.

"Sampai di sana pihak bomba beritahu suami telah dibawa ke hospital, di situ juga saya menangis dan meraung," beritahunya kepada mStar.

Saya menunggunya di rumah bersama anak, tapi lain pula yang datang. Ada orang datang di rumah dan beritahu suami saya kemalangan tanpa bercerita keadaannya.

FAZIERA HASNU HASSAN

Faziera berkata, sebaik tiba di hospital dia begitu hiba melihat keadaan badan suaminya yang dipenuhi wayar dan bergantung dengan mesin pernafasan.

"Agak lama juga dia bertarung nyawa, namun akhirnya suami tidak dapat diselamatkan. Sukar untuk gambarkan perasaan sedih ketika itu.

"Saya menunggu dia pulang, rupanya di sini pengakhirannya," ujar Faziera.

Menurut Faziera, kemalangan melibatkan suaminya itu berpunca daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba memotong tetapi tidak berjaya.

Perkongsian Faziera mengundang sebak pengguna Facebook.

Faziera berkata, kesedihan semakin dirasai apabila melihat anaknya yang berusia lapan bulan dan rapat dengan bapanya sering menangis seolah-olah tercari-cari arwah.

"Memang rasa sunyi sejak kehilangannya tetapi saya perlu kuat untuk anak kami. Cuma beberapa hari lalu (Ahad malam) saya mimpi arwah datang ketika saya tidur.

Faziera berkongsi gambar Aryan bersama papanya.

"Dia ada cakap cintakan saya sangat dan apabila saya tanya, 'kenapa tinggalkan saya dan anak' dia hanya tersenyum. Wajahnya sangat tenang.

"Saya tersedar selepas terdengar anak menangis. Dan mimpi itu sekurang-kurangnya sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan hati saya ini.

"Saya tahu dia berada dalam keadaan yang baik di sana," tambahnya.

Kisah sedihnya ini turut mendapat simpati daripada pelayar-pelayar Facebook yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita ini.

Posting luahan hati Faziera ketika melawat pusara suaminya Jumaat lalu itu mendapat lebih 600 perkongsian.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, meninggal dunia, kemalangan, luahan

Artikel Lain