BANYAK kisah tular mendakwa orang Kelantan pengotor, lelaki pemalas, sikap berpuak-puak dan yang terbaharu kes pijak al-Quran serta bergaduh antara punca negeri ini dilabelkan teruk oleh segelintir masyarakat di negara ini. Namun satu tweet yang dimuat naik oleh pendakwah popular Ustaz Ad-Dien pada Isnin membuktikan tidak semua masyarakat memandang hina kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Ad-Dien atau nama sebenar Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir memuat naik status: "Selalu tengok orang sebarkan kebencian seluruh negeri Kelantan kalau ada kes jenayah or isu viral. Tak baik & tak adillah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan Kelantan yang baik. Reply tweet ni dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness." ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja” ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pijak al-Quran bersumpah telah bersetubuh, suspek dalam video tular direman 3 hari Tanda pagar KelantanKindness itu lantas trending dengan lebih 18,000 ribu tweet pada Selasa. Status terbaharu Ad-Dien mengenai #KelantanKindness. Tweet Ad-Dien itu juga menjadi tular dan mendapat pelbagai komen positif daripada mereka yang berkongsi pengalaman mengenai rakyat Kelantan. Menurut Ad-Dien dalam satu lagi statusnya, dia tergelak kecil apabila ramai orang Kelantan dan mereka yang lain terkejut #KelantanKindness menjadi trending No.1. Sebahagian daripada pengalaman netizen berkawan dengan orang Kelantan. "Sebab sebelum ini kalau trending kene kutuk je. Jadi ini adalah saat bersejarah lah kot? Alhamdulillah." Rata-rata netizen turut memuji apa yang diluahkan Ad-Dien ini dengan memberi perasaan positif kepada semua.