suria

“Rayyan tunggu ibu di syurga, tunggu ibu ye nak”, gema rintihan mengisi ruang sepi bilik mayat tika menatap wajah anak tunggal maut di taska

Bayi malang ini dipercayai maut akibat lemas di dalam baldi semasa di taska. Foto Facebook Unit Khas Van Jenazah

PEMERGIAN si kecil tersayang secara mengejut amat meruntun jiwa ibu tunggal ini.

Manakan tidaknya, anak yang dihantar dalam keadaan sihat meninggal dunia dipercayai lemas di dalam bilik air sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam pada tengah hari Khamis.

Kata-kata Royani, ibu kepada bayi malang berusia sembilan bulan itu, Abdul Rayyan Mijan amat menyentuh hati unit sukarelawan yang mengurus jenazah comel itu.

Nasib malang menimpa Abdul Rayyan menjadi tular selepas kisahnya dimuat naik dalam akaun Facebook Unit Khas Van Jenazah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia cakap tinggal sekejap” - Pengasuh sakit perut, jururawat pandu sendiri anaknya tercekik roti ke hospital... gagal diselamatkan

ARTIKEL BERKAITAN: Adik saksi abang tercekik 'fishball' di tadika, cikgu ingatkan sawan...“Dia hilang sekelip mata”

"Suasana suram menyelubungi unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi malang itu. Rasa sayu, sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.

Jenazah Abdul Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang Khamis.

"Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain. Ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut "Rayyan tunggu ibu disyurga","tunggu ibu ye nak disyurga".

"Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak. Tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan sebak!," demikian menurut posting tersebut.

Ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut "Rayyan tunggu ibu disyurga", "tunggu ibu ye nak disyurga".

SUKARELAWAN UNIT KHAS VAN JENAZAH.

Difahamkan, Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi oleh penjaga taska berkenaan, selepas didapati tiada di dalam bilik.

Menurut sumber, pengasuh dikatakan lupa untuk menutup pintu bilik air sebelum mangsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air berkenaan.

Mangsa merupakan anak tunggal kepada Royani.

Ibu mangsa menerima panggilan dari pihak taska bahawa anaknya tidak sedarkan diri sebelum bergegas mendapatkan anak tunggalnya itu.

“Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Mangsa seterusnya di bawa di Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang Khamis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan bagi mengetahui punca kejadian.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain