suria

Saksi tahan air mata tengok bapa ucap syahadah kepada anak di pangkuannya, terkilan sikap orang awam “Kalau takut seat kotor jangan berhenti”

Ayah mangsa kelihatan tabah semasa memangku anaknya yang tidak sedarkan diri. Foto ihsan Arul.

VIDEO seorang bapa yang mengucap kalimah syahadah kepada anak di pangkuannya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada petang Sabtu lalu menyentuh hati orang ramai.

Malah detik tragis itu turut membuatkan seorang saksi dikenali sebagai Arul yang turut tampil membantu mangsa sekeluarga sebak.

"Saya hampir menangis tapi saya tahan. Saya juga seorang ayah tapi saya kagum dengan bapa mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Helmet terpelanting, kepala terkoyak tapi pemandu kereta tak berhenti... “Mungkin dia tak perasan saya terjatuh”

"Saya tengok dia sangat tabah... tak meraung mahupun menangis. Dia hanya peluk anak dia dan mengucap. Kalau saya mungkin tidak sekuat dia," katanya kepada mStar.

Semasa kejadian Arul yang juga pemandu lori berkata dia dalam perjalanan menghantar tanah dan batu dari Jalan Tun Husin menuju ke Jalan Persiaran Timur, Putrajaya.

Keadaan kereta mangsa sekeluarga selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta Audi.

"Kereta Audi tu sama arah dengan saya. Saya memang perasaan kereta Audi tu laju. Dalam hati saya berkata ada juga accident kat depan tu nanti.

"Semuanya berlaku sekelip mata. Lepas perlanggaran berlaku saya sampai traffic light lampu dah merah dari arah saya.

"Tapi apa saya boleh kata kereta Audi tu langgar kereta Alza sehingga berpusing arah berpatah balik ke arah saya," katanya.

Selepas pelanggaran itu, Arul berkata dia memberhentikan lorinya untuk memberi pertolongan kepada mangsa sekeluarga.

"Saya tak sampai hati tengok salah seorang anaknya terbaring di tepi longkang kecil tepi jalan lalu saya angkat mangsa dan letakkan pada riba ayahnya.

"Sebelum saya letakkan ke riba ayahnya, saya dengar ayahnya hanya panggil nama Umairah. Waktu tu juga ayahnya dah pegang dua orang anaknya yang lain.

Pemandu kereta Audi didakwa memandu dalam keadaan laju.

"Saya tak pasti keadaan mangsa di pangkuan ayahnya ketika itu sebab mukanya dah menghadap ke bahunya. Tapi saya ada beritahu lelaki itu supaya bersabar dan berdoa agar semuanya selamat," katanya.

Dalam pada itu, Arul berkata dia juga terkilan dengan sikap segelintir individu yang turut memberhentikan kenderaan mereka semata-mata untuk menyaksikan kejadian itu.

"Bila saya dapat tahu anak perempuan mangsa meninggal saya terkilan sangat-sangat. Semasa kejadian itu saya ada minta pertolongan orang awam agar bawa dua anak perempuan mangsa ke hospital.

Saya tengok dia sangat tabah... tak meraung mahupun menangis. Dia hanya peluk anak dia dan mengucap. Kalau saya mungkin tidak sekuat dia.

ARUL.

Saksi kejadian

"Tapi mereka kata tak pe dah call ambulans, kejap lagi ambulans sampai sedangkan hospital tak jauh pun lebih kurang 5 kilometer je. Sementara nak tunggu ambulans sampai darah banyak keluar dan mengalir dekat longkang kecil tu," katanya.

Susulan insiden itu, Arul turut menasihati orang ramai supaya memberikan pertolongan kepada mangsa kemalangan sekiranya berhadapan situasi sama dilaluinya.

"Jangan hanya tengok sahaja. Berilah pertolongan pada mangsa. Kalau takut seat kereta kotor kalau tolong mangsa tu jangan berhenti, jalan terus.

Bomba sewaktu tiba di lokasi kejadian.

"Tak payah nak buat jalan sesak dekat situ. Saya pun nak ingatkan diri saya juga. Jika perkara ini berlaku kepada keluarga sendiri, apa yang anda semua rasa," katanya.

Terdahulu rakaman video menyayat hati berdurasi 30 saat itu tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kemalangan itu menyebabkan kanak-kanak lima tahun dikenali Nur Umairah Syakirah Rosdi meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

“Mangsa bersama enam ahli keluarga iaitu ibu bapa dan tiga adik-beradik berusia tiga hingga lapan tahun menaiki Perodua Alza, terbabit kemalangan dengan kereta jenis Audi.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta dipandu lelaki umur 37 tahun yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

“Semua mangsa di dalam Perodua Alza cedera dengan mangsa parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada 9.50 malam,” katanya.

Rosly berkata, adik bongsu dan bapa kanak-kanak itu cedera, manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru tadika patah kaki kiri dan tulang pinggul retak.

Katanya, kakak mangsa berusia lapan tahun koma dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala abangnya cedera di kepala dan patah kaki kiri.

“Pemandu kereta Audi tidak cedera dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain