suria

Alahai... gadis kesepian berangan McD macam kedai mamak, nak temberang pun ada “Habis makan, mamat tu tepis tangan aku sebab nak belanja”

Seorang gadis meluahkan mengenai pengalamannya didekati seorang lelaki semasa menikmati hidangan di restoran McDonald's. Gambar sekadar hiasan

HIDUP tanpa teman atau kekasih mungkin memeritkan, tapi ia bukan penghalang untuk mereka yang kesepian ini meneruskan aktiviti harian.

Walaupun hidup sepi, gadis ini berkongsi pengalamannya didekati seorang jejaka yang baik hati sewaktu makan di restoran makanan segera, McDonald’s.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin, “Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je"

“Petang tadi kan, aku pergi makan McD. Sorang (seorang) pula tu. Semua usha (pandang) lain macam kenapa aku duduk sorang-sorang. 

“Hah! Ada mamat tu datang teman aku makan McD. Kemudian tiba-tiba bila dah habis makan tu, aku nak bayar. Mamat tu tepis tangan aku sebab dia nak belanja,” menurut tangkapan skrin perkongsiannya di laman sosial, yang dimuat naik di halaman Facebook ‘Viral Media Johor’ pada petang Sabtu.

Perkongsian seorang gadis yang menjadi bualan netizen.

Umum sedia maklum setiap pelanggan di restoran makanan segera itu perlu membuat pembayaran dahulu apabila memesan di kaunter atau menerusi kiosk pesanan elektronik.

Rata-rata netizen mengecam luahan gadis itu termasuk menyifatkan ia sebagai lawak hambar yang tidak melucukan.

“Dalam sejarah makan McD … makan dulu baru bayar,” komen seorang netizen.

“Dia ingat orang bodoh macam dia nak percayakan cerita dia, makan dekat McD makan dulu bayar kemudian ko ingat kedai mamak ke.

McD mana tu, makan dulu baru bayar??? Owhhhh McD di alam fantasi

NETIZEN

“Ko ingat mkn McD mcm mkn kedai mamak ke?? Adoiii,” ujar seorang netizen lain.

Malah, ada netizen bertanyakan dengan nada sindiran mengenai di mana cawangan restoran makanan segera itu boleh membuat bayaran selepas makan.

“McD mana boleh makan dulu bayar kemudian? Nak temberang aja ni minah,” soal seorang netizen.

Pelbagai reaksi netizen berhubung luahan yang mencuit hati.

Tidak terkecuali ada yang berpandangan bahawa perkongsian gadis itu sengaja direka sebagai fantasinya berikutan realitinya seperti yang digambarkan.

“Orang ‘usha’ lah sebab pelik, orang gua mana yang datang makan McD tak bayar?,” luahan gadis tersebut dipersoalkan.

“Ya Tuhan tiba-tiba rasa nak menitik air mata jalan cerita menarik betul… rupa-rupanya terjaga dari tidur,” kata seorang netizen.

“McD mana tu, makan dulu baru bayar??? Owhhhh McD di alam fantasi,” ujar seorang netizen secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
McDonald's, McD, usha

Artikel Lain