TUGAS seorang pendidik bukanlah mudah, selain memberi didikan kepada pelajar-pelajar, guru juga perlu melayan karenah ibu bapa yang mempersoalkan kerja sekolah anak-anak mereka. Kerja sekolah sudah menjadi perkara 'wajib' yang diberikan kepada pelajar-pelajar sama ada secara harian mahu pun menjelang cuti persekolahan yang panjang. Ada ibu bapa tidak persoalkan perkara itu, tetapi timbul juga kerisauan dalam kalangan penjaga apabila menganggap kerja sekolah yang banyak akan menjadi beban kepada pelajar hinggakan 'tiada masa' untuk bersama keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Komen kasar guru terhadap kerja sekolah pelajar buat ibu bengang ARTIKEL BERKAITAN: Budak 9 tahun dipukul sampai mati kerana enggan buat kerja sekolah Perkongsian seorang pemuda menceritakan bagaimana rakannya seorang guru terpaksa berdepan dengan soalan-soalan 'panas' ibu bapa mengenai kerja sekolah yang bertimbun diberikan kepada anak-anak mereka. Ia sekali gus mengundang debat di antara netizen, ada yang menyokong tindakan guru, juga tidak kurang yang bersetuju dengan apa yang dipertikaikan ibu bapa itu. Iz memuat naik posting mengenai komplen ibu bapa berkaitan kerja sekolah. "Kesian member aku. jadi cikgu then bagi 'homework' time (masa) cuti sekolah dekat student (pelajar), parents (ibu bapa) sampai teks kat dia macam ni. "Aku dulu kerja sekolah banyak pun siap bawa balik kampung nak siapkan. Tapi parents sekarang...korang tengoklah ni," tulis status pengguna Twitter yang dikenali Izskyline. Dalam pada itu, Izskyline memberitahu mStar bahawa kerja sekolah perlu diberi kepada murid ketika cuti persekolahan. "Bagi saya kerja sekolah pun tak perlu dibebankan dengan terlalu banyak kepada murid-murid. Tetapi kerja sekolah itu perlu diberikan agar murid tidak terlalu selesa semasa cuti sekolah. "Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka tentang pengurusan masa ketika di rumah untuk menyiapkan kerja sekolah," ujarnya ringkas. Kerja sekolah itu perlu diberikan agar murid tidak terlalu selesa semasa bercuti sekolah. IZSKYLINE Dalam paparan mesej yang dimuat naik itu, ada ibu bapa mengadu kerana anak mereka diberi kerja sekolah yang banyak ketika cuti raya. "Macam tak betul sekolah buat macam ini. Masa cuti perayaan, kita nak beramah mesra dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. "Kalau dah kahwin dan beraya bergilir-gilir dengan rumah mertua, dua tahun sekali jumpa. "Macam mana akhlak dan adab anak kita yang tak peduli sanak saudara sebab nak buat homework?. "Cikgu sekolah selalu komplen bab adab dan akhlak anak murid. Kata bab akhlak ni tanggungjawab ibu bapa. "Jadi macam mana ibu bapa nak jalankan tanggungjawab didik bab akhlak kalau sekolah bagi homework masa cuti perayaan?," tulis mesej seorang ibu kepada guru anaknya. Sebahagian daripada komen-komen pengguna Twitter mengenai bebanan kerja sekolah di musim cuti. Selepas memuat naik posting tersebut, terdapat seorang individu yang mengaku seorang guru memberi respon terhadapnya. "Sebagai cikgu, aku setuju je dengan parents ni. Kami pun tak mahu bebankan bebudak hingga cuti-cuti masih lambakkan kerja. Cuma masalah dari pentadbir duk push cikgu agar push budak demi prestasi sekolah. "Huhu. Most parents tak tahu yang pentadbir yang in charge cikgu. Cikgu tak boleh buat keputusan. Tu dia direct dengan cikgu aje dan tak direct dengan pentadbir which is the right person," tulis Zailee. Posting tersebut mendapat lebih 6,000 ulang kicau.