suria

Comel! Sayang punya fasal, opah bawa cucu pergi mengajar aerobik, atuk pula marah tak disuruh mandikan baby

Ammar Yusuff yang berusia lapan bulan menjadi satu-satunya buah hati datuk dan neneknya.

KELAHIRAN cahaya mata pastinya menjadi penyeri dalam sesebuah keluarga.

Selain ibu dan bapa bayi, ahli keluarga yang lain juga akan teruja untuk menyambut kehadiran si comel itu.

Di Twitter misalnya, seorang wanita berkongsi kisah keterujaan kedua ibu bapanya yang baru bergelar datuk dan nenek pada 28 Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 33 minggu dalam perut ibu koma, bayi membesar, selamat lahir walau ibu belum sedar “Doktor kata bayi kami ajaib”

Musfirah Nabila Musa berkata, keterujaan itu seakan-akan berganda kerana dia merupakan anak tunggal dan baru sahaja melahirkan cucu pertama buat kedua orang tuanya, Musa Abdul dan Zauyah Ibrahim.

"Mungkin ibu bapa orang lain yang ada ramai anak, pernah menimang cucu beberapa kali, keterujaan tu biasa sahaja.

"Tapi saya merupakan satu-satunya anak, anak tunggal mak ayah saya dan ini merupakan anak pertama saya. Memang mereka teruja untuk dapat cucu pertama," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Memang saya dah niat nak kahwin dan anak anak sewaktu mak ayah saya masih ada. Bila ada cucu ni, nak bad mood pun tak jadi. Happy je.

MUSFIRAH NABILA MUSA

Menurut peniaga set cadar dalam talian yang menetap di Bangi, Selangor itu, kedua orang tuanya cukup mengambil berat dalam urusan anaknya, Ammar Yusuff Mohammad Kamal Arridha yang kini berusia lapan bulan.

"Bagi makan, kadang-kadang mandikan baby. Pernah saya minta suami tolong mandikan. Ayah saya marah, katanya, kenapa tak suruh papa mandikan?

Posting Twitter Nabila.

"Saya nak hantar pengasuh pun mak saya tak bagi. Dia nak jaga. Mak saya ni cikgu aerobik, kadang-kadang dia bawa cucu pergi mengajar. Pergi kelas mengaji pun dia bawa," ujarnya.

Menerusi perkongsian di Twitter pula, Nabila berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp antara kedua ibu bapanya yang rindu sewaktu berjauhan dengan cucu mereka.

"Screenshot tu masa saya balik ke rumah mentua. Balik sebab ada cuti, bermalam di sana.

Nabila bersama anaknya Ammar Yussuf.

"Mak saya yang hantar mesej, kata rindu pada cucu. Tak sangka ramai yang retweet di Twitter," katanya lagi.

Sepanjang hamil pula, Nabila juga tidak dibenarkan keluar bersendirian demi memastikan keselamatan diri dan bayinya.

Ammar Yussuf dilahirkan pada 28 Disember tahun lalu.

"Sebelum hamil saya pergi mana-mana sorang je. Bila hamil, mak tak bagi saya drive, nak kemana-mana kena berteman. Overprotected lah.

"Nama Amar pun ayah saya yang bagi. Tapi saya bersyukur dengan kehadiran mereka. Rasa best dan tak sangka.

"Memang saya dah niat nak kahwin dan ada anak sewaktu mak ayah saya masih ada. Bila ada cucu ni, nak bad mood pun tak jadi. Happy je," ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cucu, anak tunggal, datuk, nenek

Artikel Lain