"YANG hidup pasti akan mati. Ayang akan menyusul kemudian bang. Ayang akan pegang semua amanat abang sementara masih di dunia ini." "Insya-Allah bang... ayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi. Sangat sukar. Sangat susah. Dan sangat sakit nak lalui semua ini. Tapi aku akan terus mencuba." Itulah coretan yang diluahkan Roshiela Mohamad Husain selepas kehilangan suaminya Muhd Fareezuwan Sadali pada 1 September lalu. Luahan Roshiela di Facebook mengundang sebak netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib menimpa wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?” ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta 9 tahun, isteri meninggal selepas 3 bulan kahwin, 4 hari sebelum honeymoon ke Maldives, “Tiada pesanan terakhir cuma ucapan...” Menurut wanita ini, dia bagaikan bermimpi apabila melihat suami di sisinya sedang nazak ketika dalam tidur. "Mula aku fikir sesak nafas. Tapi itulah sebenarnya tiga hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya. Posting Roshiela mendapat 2,700 perkongsian di Facebook. "Ya Allah sungguh aku tak kuat waktu ini. Bergegar seluruh tubuh. Digoncang beberapa kali tubuh namun langsung tiada reaksi daripada arwah. "Syukur otak masih dapat berfikir. Panggil semua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Satok," tulisnya. Roshiela berkata dia menarik nafas lega apabila mengetahui nadi suaminya sudah ada selepas menerima bantuan CPR kira-kira pukul 3.50 pagi, 1 September lalu. "Aku ulang alik keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. Kira-kira 15 minit selepas itu, dengar perbualan salah seorang petugas memaklumkan nadi sudah ada tapi respons belum ada. "Usaha ditingkatkan lagi. Dalam masa tu aku sekeluarga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respons. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan Yasin," katanya. Namun Roshiela berkata harapan untuk melihat suaminya kembali sedar tidak seperti dijangka apabila doktor mengesahkan lelaki yang dicintainya itu sudah tiada. "Balik je dari tandas menuju ke pintu emergency terus tengok bapa mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited habis masa tu. "Dalam kepala dah imagine abang mula beri respons dan senyum pada ayang dan ahli keluarga lain. Lebih 30 minit dah bantuan diberikan untuk abang. Kata doktor, saya nak beritahu... dia tiada lagi. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 5 Disember 2015. "Aku jadi blur pada mulanya. Dia tiada lagi. Awak faham tak dia tiada lagi. Fikiran, emosi, fizikal semuanya menjadi lemah saat kata-kata tu keluar dari mulut doktor," katanya. Sebaik mendengar kata-kata itu, Roshiela terus rebah dan wajah suaminya terus dalam bayangan. "Sungguh aku tak kuat, aku perlukan arwah masa ni. Belum sampai sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu tak jumpa engkau dah tarik dia dari aku. "Sakit dan tersangat sakit. Masuk dalam emergency tengok tubuh abang dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku ini hanyalah mimpi. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada saja halangan antara kita berdua. Mungkin itulah petunjuk Allah untuk ayang. Bersedia untuk kekal 'berjauhan' dengan abang. ROSHIELA MOHAMAD HUSAIN. "Aku cuba juga kuatkan tenaga. Kejutkan abang dari 'tidur' sebab abang dah janji nak jalan sama-sama dengan ayang ke Belawai," katanya. Roshiela mengakui dia pada awalnya tidak reda dengan pemergian suaminya memandangkan ada janji yang belum ditunaikan arwah ketika itu. "Benar, itulah perasaan dan keadaan bila orang yang paling kita sayang tak ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah itu. Nauzubillah min zalik. "Kali kedua cubaan nak bangunkan abang dari 'tidur' lepas tubuh abang dah dihantar balik rumah pagi itu oleh pihak hospital. Aku peluk tubuhnya. Mengharapkan abang balik dan senyum dengan ayang. Netizen mengucapkan takziah kepada Roshiela di atas pemergian suaminya. "Abang masih tak beri respons. Aku peluk lagi kuat sambil meraung menangis. Mohon abang cium dahi ayang, peluk ayang dan tunaikan janji abang. Makin kuat pelukan makin orang cuba tarik aku dan leraikan pelukan aku dengan tubuh abang. "Bila pelukan terlerai, ayang tengok abang terus berjalan jauh dengan pakaian putihnya. Abang berjalan terus jauh tanpa pandang belakang. Sampai hati abang," tulisnya menggambarkan apa yang dibayangkan ketika rebah itu. Namun Roshiela berkata dia masih mengharapkan semua yang berlaku itu sekadar satu mimpi sebelum reda dengan pemergian suaminya itu. "Bila aku buka mata ternyata semua yang berlaku bukanlah mimpi. Semuanya adalah benar!! Abang memang dah pergi jauh dulu dari ayang. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayang malam tu. "Banggg... ayang rindu sangat abang. Ya Allah kenapa aku dipilih dalam ujian seberat ini. Abang sentiasa berpesan dengan ayang supaya sentiasa jaga diri. Insya-Allah bang, ayang akan sentiasa ingat semua pesanan abang," katanya. Selepas hari keempat, Roshiela berkata dia cuba memulihkan fikirannya dan pada masa sama berusaha menghapuskan semua bayang-bayang suaminya. "Syukur pada Allah aku mula sedar sikit demi sikit. Hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi tapi Allah kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada di samping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Tinggal kenangan... Roshiela dan suaminya (kanan) menghadiri majlis istimewa kawan mereka. "Kamu semua sentiasa beri nasihat dan sokongan. Tak pernah putus. Alhamdulillah. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang. Mereka banyak tolong aku. "Memang benar, pemulihan ini ambil jangka masa yang lama. Sampai sekarang aku rasa masih belum stabil, tapi keredaan dengan pemergian arwah aku dah pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, yang hidup pasti akan mati," katanya. Dalam coretannya itu, Roshiela turut berkongsi kisah percintaannya dengan suami pada 2009 sebelum mereka berkahwin pada 5 Disember 2015. "Datangnya arwah buat pertama kali pada 2009 memperkenalkan diri sehinggalah tak lama lepas tu pintu hatiku terdetik kepada kaum Adam sehingga aku tahu rasa bercinta. Ya Allah... indahnya masa itu bang. "Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 5/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching dan Saratok). "Ramai datang memeriahkan majlis. Seronok sangat bersanding bersebelahan dengan abang. Cinta pertama ayang. Lelaki yang telah digelar suami. Abang... abang... rindunya ayang masa tu... macam nak diulang balik masa tu," tulisnya. Roshiela turut mendedahkan dia mengalami keguguran pada 2017 dalam usia kandungannya yang masih baharu. Roshiela kini mula reda dengan pemergian suaminya pada 1 September lalu. "Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada 2017 tapi kami reda Ya Allah dan terima hakikat masa tu. "Nanti kita cuba lagi k yang. Jangan fikir sangat. Abang ada. Kata-kata itulah yang memberi aku kekuatan masa tu sebab arwah sentiasa berada di sisi beri kata-kata semangat. "Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abang selalu pesan ayang dan sokong apa yang ayang buat selama ini," katanya. Selepas pemergian suaminya, Norshiela baru menyedari bahawa mereka sebenarnya sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh. "Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada saja halangan antara kita berdua. Mungkin itulah petunjuk Allah untuk ayang. "Bersedia untuk kekal 'berjauhan' dengan abang. Ya Allah... beratnya dugaan ku kali ini. Hanya Engkau tempat aku mengadu. Air mata tak pernah kering. Menangis dan terus menangis. "Rindu? Memang satu kemestian. Tersangat-sangat rindu pada arwah abang. Ya Allah... sakitnya dada ini menahan rasa," katanya.