SIAPA yang tak sedih seandainya wajah dipenuhi jerawat selama bertahun-tahun? Itulah yang dihadapi gadis ini yang akhirnya boleh menarik nafas lega apabila wajahnya kini sudah pulih hampir 70 peratus. Menurut Siti Khairunisha Mohd Yusof, 23, dia sudah mencuba sekitar 50 produk kosmetik sejak berdepan masalah jerawat pada 2012. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main cakap saja” - Menangis muka disamakan dengan jalan tar, gadis nekad ‘salin’ kulit... 6 bulan terus cun! ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih kutuk saya” - Pelajar muka ‘pokok getah’ dah tak malu nak selfie, dedah rahsia hilang jerawat "Muka mula jadi teruk masa saya masuk asrama, tingkatan empat. Mungkin sebab tak jaga sangat, ditambah air yang tak bersih. "Bila masuk universiti, muka makin teruk sampai jadi bukan jerawat, tapi bernanah. "Nak sujud masa solat pun rasa sakit, rasa ada benda berat kat muka. Kena panas pun pedih," ujarnya yang mesra disapa Nisha sewaktu dihubungi mStar. Ada la orang tak sengaja tanya, tegur dan bergurau. Mungkin mereka tak tahu apa saya rasa. Pernah juga down sampai tak nak pergi kenduri, tak keluar rumah. SIII KHAIRUNISHA MOHD YUSOF Tambahnya, dia mula memberi fokus kepada penjagaan wajah selepas menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Sains Islam (Usim) kampus Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. "Sekarang jerawat dah kurang, masih ada tapi tak banyak. Parut saja yang masih ada. Bila dah habis belajar, baru ada masa, cari duit untuk jaga muka. "Selain dah jumpa produk yang sesuai dengan wajah, saya juga elakkan makan ayam. Ayah kata, kawan dia yang bagitahu. Keadaan terkini kulit wajah Nisha. "Selama enam bulan saya tak sentuh ayam langsung, jerawat pun tak naik. "Sekarang saya makan je kalau pergi kenduri, tapi kalau masak atau beli sendiri, saya elakkan lauk ayam," katanya lagi. Bercerita mengenai zaman pengajiannya, Nisha berkata dia juga pernah ditegur gara-gara jerawat di wajahnya. Posting Nisha di Twitter. Mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri, Nisha bagaimanapun tidak menyalahkan mulut orang yang bertanya mengenai hal itu. "Ada la orang tak sengaja tanya, tegur dan bergurau. Mungkin mereka tak tahu apa saya rasa. "Pernah juga down sampai tak nak pergi kenduri, tak keluar rumah. Saya tak suka bila orang tegur pasal muka. "Tapi saya faham, mereka mungkin tak tahu masalah saya," ujarnya lagi.