suria

Karma sebab rakam, sebar? Perakam video lelaki pukul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun - “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia meninggal”

Shah (bertopi) berkahwin dengan isteri baharunya (tudung kuning) yang juga ibu kepada Aiman pada 2011.

SELEPAS insiden seorang pemuda membelasah seorang doktor kecoh di media sosial, timbul pula cerita kurang enak mengaitkan bapa tirinya pemuda tersebut yang dikenali sebagai Shah.

Umum mengetahui lelaki berusia 37 tahun itu merakam insiden kekecohan di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, lokasi tempat kerja doktor yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anak tirinya itu, petang Jumaat lalu.

Beberapa hari selepas insiden itu tular, timbul 'drama' baharu apabila seorang wanita menerusi satu posting di Facebook mendakwa Shah mengabaikan nafkah anaknya selama 11 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” - Jumpa resit hotel, suami nurse curang dedah derita 8 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes serang, tumbuk doktor di klinik, polis tahan dua lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dibelasah di klinik, suami skandalnya diam-diam balik dari Dubai - “Mimpi my brother in law jadi kenyataanlah”

"Jadi siapa-siapa yang boleh sampaikan pada tukang rakam video viral doktor kena pukul tu, kau claim kau tu bapak tiri si Aiman tu kan, pesan skit kat dia, anak tiri bukan main kau backup siap sokong lagi anak tiri kau pukul orang ye?

Posting yang tular sejak Isnin menjadi perhatian netizen.

"Sayang sangat ke anak tiri. Tapi nafkah anak-anak sendiri yang dah 11 tahun tertunggak ni, kau pura-pura mati ye? Ha betul la tu. Si tukang rakam video tulah ex Kak Yoi. Cakap kat dia tolong sedar diri sikit. Bukan masa lagi dah nak acah-acah hero," demikian menurut posting itu.

Posting tersebut menjadi tular sehingga ramai bertanya sendiri kepada Shah mengenai kesahihan dakwaan itu.

Shah ketika dihubungi mStar berkata dia mengakui sudah bercerai pada 2008 dengan seorang wanita bernama Kak Yoi.

Mak saya yang rindukan cucu-cucu dia pun tak dapat dapat nak jumpa mereka sampailah hari dia meninggal.

SHAH

"Saya memang dah bercerai dengan bekas isteri pada 2008. Kiranya isu ni dah lama settle. Kami OK dah berlapang dada... dah move on pun sebab perkara ni dah lama.

"Saya berkahwin semula pun selepas empat tahun saya dan bekas isteri bercerai. Saya pun pelik kenapa dia tiba-tiba post macam tu. Saya pun tak tahu apa niat dia," katanya yang mempunyai tiga orang anak bersama bekas isterinya itu.

Mengenai tuntutan nafkah yang tertunggak, Shah berkata tidak timbul soal itu selepas kedua-dua pihak bersetuju tidak membuat sebarang tuntutan di mahkamah syariah.

Shah bersama isterinya, Anna yang juga ibu kepada Aiman.

"Isu nafkah kalau ada tuntutan mesti kena bayar (duit nafkah) tapi kedua-dua pihak setuju tidak buat sebarang tuntutan.

"Cuma saya agak terkilan apabila bekas isteri tidak benarkan keluarga jumpa anak selama 11 tahun.

"Mak saya yang rindukan cucu-cucu dia pun tak dapat dapat nak jumpa mereka sampailah hari dia meninggal," katanya.

Susulan posting itu, Shah turut dikecam netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai hukum karma di atas perbuatannya menyebarkan video hubungan sulit isteri kepada anak tirinya, Aiman.

Shah bagaimanapun enggan ambil pusing kecaman netizen kerana sudah lali dengan perkara itu.

"Biarlah orang nak kecam. Saya jenis tak kisah. Ada netizen cakap saya tinggal bini sebab nak kahwin janda kaya. Kami dulu naik skuter Karisma je kot.

Video Aiman menyerang seorang doktor di sebuah klinik yang dirakam Shah tular di media sosial pada Sabtu.

"Sekarang ni je Alhamdulillah senang sikit. Ada rumah, ada kereta dua tiga biji, ada produk dan kedai sendiri," katanya.

Pada masa sama, Shah berkata dia bukan sengaja mahu mensensasikan masalah rumah tangga anak tirinya itu tetapi mendakwa berbuat demikian atas permintaan Aiman.

"Saya viral pun atas permintaan Aiman sendiri. Dia rasa dia malu. Aiman tahan dah lapan bulan. 

"Dia tak beritahu kami. Lagi dua minggu dia nak balik dari Dubai barulah dia ceritakan segalanya," katanya.

Terdahulu, Shah ditahan polis pada Ahad bagi membantu siasatan kes pukul doktor berkenaan.

Aiman direman selama sehari sehingga Isnin manakala Shah dibebaskan selepas permohonan terhadapnya ditolak pihak mahkamah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nafkah, Aiman, pukul doktor, cerai

Artikel Lain