suria

Anak buat kejutan bawa mak ke Pulau Tioman, hadiah rantai emas undang drama air mata – “Apa yang saya buat ni tak cukup”

Muhammad Hasif bersama ibunya dengan wajah yang ceria semasa percutian di Pulau Tioman. Foto ihsan Muhammad Hasif Sharuddin

HAJAT ibu kesayangan untuk menikmati percutian di pantai dua tahun lalu terpaksa dilupakan pemuda ini disebabkan kesempitan wang.

Pada masa itu, tumpuan si anak adalah menanggung kos ubat-ubatan dan rawatan ibunya yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan awal tak menjadi, kereta ibu mentua buat hal lagi, “Mak jangan panggil pomen ya, tunggu kami datang”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 64 tahun baru merasa masuk mall, wanita ini enggan keluar kereta... alasannya buat ramai bergenang air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan rahsia 6 bulan, akhirnya 2 jam sebelum ‘naik belon’ ke Sarawak ibu terima kejutan – “Dari pilot hingga tukang masak, semua mak canang”

Namun, perkongsiannya di halaman Facebook kerana membuat kejutan membawa ibu bercuti ke Pulau Tioman meraih perhatian warganet.

Perjalanan dua beranak ke Pulau Tioman dengan menaiki feri.

“Buat kejutan untuk mak bagi tiket percutian tiga hari dua malam gembirakan mak. Lebih baik bahagiakan ibu kalau kita mampu. Love you mak,” menurut perkongsian itu.

Pemuda berkenaan, Muhammad Hasif Sharuddin berkata, kehidupannya sebelum ini amat susah kerana tidak mempunyai pekerjaan tidak tetap sejak beberapa tahun.

Muhammad Hasif bersama ibunya di Pulau Tioman.

Namun anak jati Kota Tinggi, Johor itu bersyukur apabila mendapat kerja tetap sejak dua bulan lalu dan terfikir untuk melakukan sesuatu bagi menghargai ibunya, Mimah Mahmud, 66.

“Alhamdulillah, saya dapat kerja tetap sejak dua bulan lalu dan ada rezeki lebih. Saya masih ingat lagi dua tahun lalu mak kata teringin bercuti di pantai sebab berangin.

“Maklah yang lahir dan jaga saya sejak kecil, kenapa tidak saya membalas jasa mak yang selama ni saya cuba lakukan tapi tak dapat sebab masalah kewangan. 

“Saya buat kejutan masa mak baru bangun tidur. Mak menangis dan ketawa sebab gembira bila dia tengok sampul percutian ke Pulau Tioman,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu kepada mStar.

Membawa ibunya bersiar-siar menaiki basikal dan motosikal.

Kehidupan Muhammad Hasif mula berubah selepas menyertai program realiti Mikrofon Impian pada April lalu. Dia berjaya di dua pusingan episod ke-10 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Mikrofon Impian merupakan program realiti saluran Astro Ria yang mana dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.

Mengenai percutian di Pulau Tioman, Muhammad Hasif berkata, banyak aktiviti yang dilakukan bersama ibu seperti bersiar-siar sekitar pulau dengan menaiki motosikal dan basikal, bermain buaian, bersantai di tepi pantai dan menikmati masakan tempatan.

Aksi mesra dua beranak.

Anak bongsu daripada lima beradik itu bagaimanapun mendedahkan terdapat satu lagi kejutan yang dibuatnya semasa percutian selama tiga hari dan dua malam itu.

“Saya hadiahkan mak rantai emas pada malam kedua di Pulau Tioman. Rantai emas tu bagi saya istimewa sebab ada loket emas dengan ukiran bunga raya.

Rantai emas tu bagi saya istimewa sebab ada loket emas dengan ukiran bunga raya. Ia sebagai ganti kepada rantai emas dengan ukiran yang sama mak terpaksa gadaikan dua tahun lalu sebab kesusahan hidup kami untuk makan minum dan sewa rumah.

MUHAMMAD HASIF

“Ia sebagai ganti kepada rantai emas dengan ukiran yang sama mak terpaksa gadaikan dua tahun lalu sebab kesusahan hidup kami untuk makan minum dan sewa rumah.

“Saya sebenarnya dah lama nak gantikan tapi tak ada duit, dan ambil masa juga untuk saya cari rantai emas dengan ukiran yang sama di beberapa kedai. Pasal rantai emas tu bukan mak saja yang sebak, saya pun menangis,” katanya.

Kejutan hadiah rantai emas sebagai ganti kepada rantai emas yang digadaikan ibunya.

Muhammad Hasif bagaimanapun menganggap kejutan percutian di Pulau Tioman itu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan pengorbanan ibunya.

“Apa yang saya buat ni tak cukup. Tapi saya amat bersyukur kerana saat itu dah lama saya nantikan, akhirnya dapat juga tunaikan permintaan mak bercuti di pantai.

“Mak kata paling best bila saya bawa mak naik basikal jalan-jalan. Apa saja untuk mak dan segala-galanya saya lakukan untuk mak,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan