suria

“Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

Sebahagian paparan skrin perbualan dua individu tersebut di Instagram. (Gambar Hiasan: Relaxnews)

DALAM kehidupan berumahtangga, kejujuran dan kepercayaan menjadi kunci utama kebahagiaan.

Namun, tidak dinafikan juga ada individu yang tergamak berlaku curang kepada pasangan mereka.

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai kisah seorang suami miang mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang

Menerusi perkongsian itu, dia memuatnaik bukti perbualan Direct Message (DM) Instagram yang diterimanya tempoh hari.

Difahamkan, lelaki itu menghantar mesej kepadanya memaklumkan isterinya sedang bekerja di luar kawasan (outstation).

Selain memuji kecantikan wanita itu, dia turut meminta nombor telefon bagi membolehkan mereka meneruskan perbualan menerusi WhatsApp.

Perkongsian di Twitter oleh seorang individu.

"Saya cuma nak berkawan. Nampak awak macam lawa. Nak nombor phone boleh, nak WhatsApp," tulis lelaki itu.

"Lawa tok hang, kenal pun tak. Sorry la eh baik pergi layan isteri tu. Kesian anak-anak tu. Sorry tak ada WhatsApp," balas wanita itu sebelum memberi alasan ingin pergi kerja untuk mengakhiri perbualan.

Respon balas wanita itu disambut dengan jawapan "ala sombong" oleh lelaki berkenaan, kecewa niatnya tidak dilayan.

Saya cuma nak berkawan. Nampak awak macam lawa. Nak nombor phone boleh, nak WhatsApp.

SUAMI CURANG

Pekongsian semula paparan skrin perbualan itu di Twitter dengan kapsyen "Sumpah hilang respect laki macam ni" sehingga kini menerima lebih 600 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang mengecam tindakan lelaki itu yang cuba bermain kayu tiga sewaktu ketiadaan isterinya.

Kandungan perbualan menerusi DM Instagram yang dikongsi.

Selain itu, ramai yang turut berjenaka mengenai cara lelaki itu menghantar mesej kerana ejaan yang digunakan cukup kebudak-budakan dan disifatkan seperti orang tidak bersekolah.

"Cuba tanya Instagram bini dia apa, lepas tu awak hantar screenshot chat korang. Mampos laki dia.

"Dia tak reti mengeja ke apa?

"Uish teruknya laki tu. Pantang free je habis semua dia ngorat," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, curang, isteri, outstation, rumahtangga

Artikel Lain