BERCERITA mengenai temu janji pertama dengan kekasih, kebanyakan individu pastinya akan membawa pasangan mereka ke lokasi yang istimewa. Namun, apa reaksi anda jika dibawa ke warung saat pertama kali keluar dating dengan pasangan? Demikian persoalan yang ditimbulkan di Twitter yang mana ia menerima pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Nak dating dengan awek, emak lelaki ini jadi ‘perunding imej’ - “Kalau orang ejek, tak apalah sebab saya mengadu kat ibu” ARTIKEL BERKAITAN: Malam ada, siangnya hilang! Jangan berhenti jika nampak warung di Kuala Pegang Menurut seorang jejaka, jika tiada duit sekalipun, bawalah pasangan ke lokasi yang bersesuaian. Tambah individu tersebut, kaum hawa pastinya berpakaian cantik, lengkap dengan wajah yang ditatarias untuk keluar temu janji sekaligus menjadikan lokasi di warung kurang sesuai untuk pertemuan tersebut. "Makan McD pun tak apa kalau poket rabak sangat. Ni first date dah beria nak uji perempuan boleh makan kat mamak la, warung la. Gentleman la," tulisnya. Perkongsian di Twitter @googlepixelmy. Menurut seorang lagi individu, temu janji di lokasi mewah bukanlah indikasi dalam sesuatu hubungan. Apa yang penting katanya, lokasi itu bersih dan tidak menjatuhkan maruah diri. Seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi pengalamannya dibawa ke warung untuk temu janji pertama. Warung-warung juga, sekurang-kurangnya sebelum nak singgah tu tolong tengok kebersihan tu macam mana. PELAYAR TWITTER "Tak kisah langsung. Pertama kali keluar dengan teman lelaki saya, kami buat keputusan untuk ke pantai. "Makan cendol dan asam pedas di warung kecil. Saya rasa gadis-gadis tak kisah pun. "Yang penting kenangan yang tercipta," ujarnya. Berbeza pula pendapat gadis ini yang mana dia mempertikaikan lokasi temu janji di warung. Ujarnya, warung pada kebiasaannya sering dikaitkan dengan isu kebersihan. Kata sesetengah netizen, mereka tak kisah makan di warung asal rasanya sedap dan harga berpatutan. (Gambar Hiasan). "Kadang-kadang bukan memilih tapi tu la tempat macam ni selalunya kebersihan rendah. "Pelayan pun kadang-kadang kuku panjang lepas tu tepi jalan dekat longkang. "Warung-warung juga, sekurang-kurangnya sebelum nak singgah tu tolong tengok kebersihan tu macam mana. "Kejap lagi aku tak makan kata aku demand," tulis gadis berkenaan di ruangan balas posting tersebut. Beberapa individu lain turut mengakui tidak kisah dibawa ke warung oleh pasangan. Antara komen netizen di Twitter. Ujar mereka, apa yang penting menu yang disediakan sedap dan harganya juga murah. "Warung la best! Harga pun berpatutan. Asalkan makanan sedap dan perut kenyang. "Tak ada masalah pun makan kat mana-mana. Cuma masalah bagi aku bila dah sampai tempat makan tu nanti tak tahu nak makan apa. "OK je, sebab kalau tempat mahal, harga cekik darah. Aku yang hilang selera nak makan. "Aku menjalin cinta dengan makwe aku iaitu sekarang dah jadi bini aku hanya bermula di warung. Dia suka makan nasi lemak kat warung tu," tulis beberapa netizen.