suria

“You... I nak pergi futsal” - 'Ditinggalkan' genap 2 bulan selepas kahwin, isteri dedah perangai pelik suami tak suruh pulang walau berjauhan

Mirul meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bermain futsal bersama rakan-rakannya.

TANGGAL 7 November 2019 genap dua bulan usia perkahwinan pasangan muda ini.

Namun tarikh itu pastinya sukar dilupakan Airina Roslan, 23, yang kehilangan suami tercinta, Muhammad Amirul Ashraf, 25, yang ditakdirkan meninggalkannya buat selama-lamanya.

Airina atau lebih mesra disapa Erin berkata dia berjumpa suaminya buat kali terakhir pada hujung bulan Oktober sebelum dia pulang ke Shah Alam, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.

"Saya last jumpa Mirul (Amirul) pada 31 Oktober lalu. Malam tu saya seorang ke rumah parents saya di Shah Alam untuk hadir wedding kawan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bersahabat 10 tahun, bakal pengantin terpaksa dibedah sebulan sebelum majlis kahwin - “Dah ambil baju nikah, tinggal nak sanding saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?”

"Ni first time saya berjauhan dengan Mirul sepanjang kami berkahwin. Mirul tak ikut sebab dia ada kerja sikit di Johor Bahru," katanya kepada mStar.


Pasangan ini baru sahaja bernikah pada 7 September lalu.

Namun Erin terkejut apabila menerima mesej daripada ibunya mengenai keadaan suaminya pada malam Rabu (6 November).

"Malam 6 November kebetulan saya di luar bersama kawan-kawan. Mak saya WhatsApp tanya balik pukul berapa. Saya beritahu pukul 1 pagi sebab tengah tengok movie.

"Lepas tu mak saya cakap kakak jangan menggelabah ye... Mirul pengsan tadi masa main futsal. Kita kena tengok dia dekat JB.

"Pada awalnya saya tak percaya. Jadi saya terus WhatsApp mak mentua saya. Mak mentua saya balas Mirul pengsan tadi time futsal... sekarang dekat ICU," katanya.

Erin berkata sebaik mendengar kata-kata ibu mentuanya, dia memberitahunya akan segera pulang ke Johor Bahru.

"Saya beritahu mak mentua saya, mak Erin balik sekarang ye. Mak mentua saya sambil nangis cakap, tak pe Rin kalau tak sempat malam ini esok pun boleh.

Antara beberapa gambar bersama Mirul dikongsi Erin di Instagramnya.

"Saya cakap saya nak balik malam tu juga. Sampai je rumah (Shah Alam) saya tengok family saya semua dah siap packing baju.

"Mak saya suruh saya packing. Waktu saya packing tu mak mentua WhatsApp saya Airin... Mirul dah tak ada," katanya.

Sebaik dimaklumkan bahawa suaminya sudah pergi buat selama-lamanya, Erin berkata dia bagaikan bermimpi dan tidak percaya dengan berita itu.

Kami juga selalu video call. Selalunya saya yang akan call dia tapi hari last tu dia yang kerap call saya. 'You... I nak pergi futsal”. Itu last saya dengar suara dia.

AIRINA ROSLAN.

"Gugur jantung ini. Macam mimpi rasanya berharap semua itu tak betul. Saya tak percaya lagi waktu tu. Waktu dah nak sampai JB saya call mak mentua saya nak location.

"Mak mertua cakap, Airin balik rumah dulu ye... Mirul dalam bilik mayat. Time tu saya baru tahu ini semua betul. Barulah saya percaya. Mirul meninggal 7 November, genap dua bulan kami bernikah," katanya yang mendedahkan suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mirul dan Erin bertemu di tempat kerja.

"Hasil bedah siasat mendapati Mirul kena heart attack. Sebenarnya dia pengsan selepas main futsal. Dia dah habis main, dia keluar court.

"Dia duduk sebelah kawan dia. Tiba-tiba dia rebah. Kawan-kawan dia ingat dia main-main sekali satu badan dah pucat.

"Kawan-kawan Mirul bawa di pergi hospital. Sebenarnya waktu tu Mirul dah tak ada dah tapi sampai di hospital doktor ada pasangkan mesin oksigen.

"Mirul ada bernafas semula. Dia sempat minta maaf dekat mak ayah dia... mengucap, tarik nafas panjang-panjang sebelum pergi. Semuanya dipermudahkan," katanya.

Jenazah Mirul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudah, Mount Austin Johor Bahru selepas Zohor pada Khamis.

Pada masa sama, Erin turut bercerita mengenai beberapa insiden pelik berlaku sebelum pemergian suaminya itu.

"Sepanjang saya di Shah Alam, Mirul tak pernah sekali pun bertanya bila saya nak balik. Sampaikan saya yang call dia nangis-nangis tanya you tak nak I balik ke?'.

Mirul dan Erin bersama rakan-rakannya sewaktu hari bahagia mereka.

"Dia jawab you stay jelah Shah Alam dulu dengan adik-adik. Nanti you balik. Dia cakap macam tu je. 

"Kami juga selalu video call. Selalunya saya yang akan call dia tapi hari last tu dia yang kerap call saya. You... I nak pergi futsal”. Itu last saya dengar suara dia," katanya sebak.

Jelas Erin lagi dia dan Amirul bertemu sewaktu bekerja satu pejabat di Kuala Lumpur.

"Sebenarnya saya dan Mirul jumpa tiga kali je. Dia terus nak masuk meminang. Saya tak kenal pun dia lagi masa tu sebab dia staf baru kat tempat kerja saya. 

"Dia cakap aku datang KL ni memang nak kerja dan cari jodoh. Dah tak ada apa lagi dalam dunia ni aku nak buat dah. Kahwin je belum."

"Mirul memang betul-betul ngam-ngam sebulan lebih duduk JB dengan family dia. Dia selalu cakap dia jarang spend time dengan family dia selama ini," katanya.

Erin turut berkongsi luahan hatinya mengenai pemergian suaminya itu di Instagram sehingga mengundang sebak netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Erin, Amirul, meninggal dunia, nikah, futsal

Artikel Lain