KEJUTAN demi kejutan dengan membelikan hadiah berupa gajet bagaikan satu trend untuk menghargai pasangan masing-masing. “Nak surprise bini dengan iPhone baharu, tapi tak tahu mana dia suka. So beli je apa yang ada. Jadi nanti time surprise dia boleh pilih sendiri. “I love you so much, been with me through thick and thin throughout these years. End up dia pilih gold,” menurut perkongsian tular seorang suami selepas memuat naik gambarnya bersama isteri berserta sembilan kotak iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang ‘rare’! “Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan” Susulan itu, baki telefon pintar yang dibeli lelaki berkenaan menimbulkan tanda tanya sehingga ramai warganet cuba untuk melobi bagi mendapatkannya secara percuma. Perkongsian mengenai kejutan iPhone buat isteri. Bagaimanapun, menerusi ruangan bio laman Twitter, pemuda tersebut menyebut dirinya merupakan seorang penjual iPhone, sekali gus membuatkan kejutan buat isterinya dianggap segelintir warganet sebagai gimik untuk melariskan jualan telefonnya. Bercakap kepada mStar, Muhammad Asyraf Ab Rahim mengakui dirinya adalah penjual iPhone tetapi menegaskan bahawa kesemua telefon pintar ‘kejutan’ buat isterinya itu sememangnya dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Peniaga berusia 31 tahun itu turut mendedahkan pemberian telefon pintar buat isteri tercinta bukan pertama kali, malah telah dilakukannya bertahun-tahun sejak 2013. “Memang tiap-tiap tahun surprise bini iPhone antara barang lain sebab bila kita jaga bini, rezeki bertambah. Saya belajar daripada ibu bapa, bapa saudara dan rakan-rakan. Isteri merupakan tulang belakang Muhammad Asyraf. Foto ihsan Muhammad Asyraf “Cuma setiap tahun dah tahu kalau ada warna emas saya akan buat kejutan dengan warna emas. Cuma tahun ini keluar hijau dan ungu. “Jadi, saya terpaksa buat kejutan dengan semua warna dan biar dia pilih sendiri. Saya sendiri kaki gajet, guna enam telefon pada satu masa,” katanya kepada mStar, namun enggan mengulas lanjut mengenai kos keseluruhan pembelian telefon berkenaan. Dulu, kalau tak ada orang beli telefon memang tak makanlah dekat kedai mamak yang saya bertapak untuk berniaga tu. Cuma minum air je. MUHAMMAD ASYRAF Muhammad Asyraf bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak membeli kesemua telefon tersebut serentak, sebaliknya secara berperingkat mengikut stok sejak model terbaharu keluaran Apple itu mula berada di pasaran Singapura, September lalu. “Isteri tahu saya beli banyak, tapi dia tak syak apa-apa sebab dia jenis bersyukur dengan apa yang ada. Dia tak pernah minta apa-apa, saya je yang rajin memberi. “Bagi saya, ia adalah tanggungjawab saya nak tunjuk penghargaan kepada isteri. Dia dari saya susah dulu sampai sekarang masih tulang belakang saya,” ujarnya. Antara komen warganet mengenai kejutan iphone buat isteri Muhammad Asyraf. Kerana minat dalam bidang perniagaan, graduan kejuruteraan perisian itu mencabar diri dengan berniaga sejak 2013, bermula dengan menumpang kedai mamak sehingga dua tahun dan akhirnya mempunyai premis dan pekerja sendiri. “Dulu, saya jual merata. Kalau tak ada orang beli telefon memang tak makanlah dekat kedai mamak yang saya bertapak untuk berniaga tu. Cuma minum air je,” ujarnya. Menurut Muhammad Asyraf, dia akan menjual semula baki telefon iPhone yang dibelinya itu tetapi mahu menghabiskan stok sedia ada di kedainya terlebih dahulu. Selepas dua tahun menjual telefon di merata termasuk kedai mamak, Muhammad Asyraf kini mempunyai kedai dan pekerja sendiri. Mengenai trend hadiah gajet buat pasangan, dia yang mengusahakan kedai di Cyberjaya, Selangor itu berpendapat ia bukan satu isu untuk berkongsi kegembiraan. “OK je takde masalah. Kongsi kegembiraan, cuma jangan selalu sebab kita mungkin gembira tapi kita tidak tahu siapa yang dengki. “Jadikan perkara kejutan hadiah macam ni sebagai cabaran buat diri, untuk berjaya menjadi seseorang yang boleh memberikan hadiah kepada insan tersayang,” katanya.