SABAN hari ada sahaja video jenaka yang tular dan menjadi hiburan buat netizen di media sosial. Terbaharu, aksi seorang jejaka yang membuat ucapan ala-ala pengetua sekolah turut mencuri perhatian ramai. Dengan menggayakan selendang merah, ucapan itu kelihatan realistik apabila ia dihasilkan menggunakan filter Instagram, lengkap dengan kesan bunyi dan meja ucapan beserta mikrofon. ARTIKEL BERKAITAN: Pengetua pencen tiba-tiba popular selepas jadi bahan 'eksperimen' cucu ARTIKEL BERKAITAN: Pengetua sekolah ditahan bantu siasatan kes liwat Dimuat naik di Twitter pada Khamis lalu, video oleh Keem Mazni yang juga seorang pereka hiasan dalaman sehingga kini telah menerima lebih 320,000 tontonan. Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 29 tahun yang mesra disapa Keem itu mengaku ia dihasilkan secara suka-suka untuk tatapan rakan-rakan di media sosialnya. "Ada satu filter di Instagram, saya tengok ramai orang buat. Jadi saya cubalah berlakon jadi pengetua. Kalau di Twitter ramai yang lihat ia sebagai joke, di Facebook pula sampai ada yang bergaduh. KEEM MAZNI "Saya pakai selendang yang dibeli kat bundle masa nak pergi India dulu dan buat ucapan. In characterlah, sebab pengetua sekolah saya dulu perempuan. "Bukan nak jadi pengetua pun. Tak pernah ada cita-cita nak jadi pengetua, ia sekadar gurauan sahaja," ujarnya sewaktu dihubungi. Kata Keem lagi, dia tidak kekok untuk membuat aksi seolah-olah berucap dalam video itu kerana sering menjadi pengacara majlis di zaman persekolahannya. Bercerita mengenai penularan video itu, Keem mengakui penerimaan di Twitter dan Facebook cukup berbeza. Posting Keem yang tular di Twitter. "Saya tidak terkejut pun bila video tu dapat banyak view. Ada kawan Twitter saya yang memiliki ramai followers, jadi bila mereka retweet, makin ramai orang tengok. "Akhir sekali sampai ke pengetahuan keluarga. Mereka OK sahaja. Memang dah faham perangai saya. Benda ni joke merapu, santai sahaja. "Kalau di Twitter ramai yang lihat ia sebagai joke, di Facebook pula sampai ada yang bergaduh. Keem mengakui video itu dirakam secara suka-suka sahaja. "Tapi saya tak hiraukan komen-komen Facebook tu. Kalau suka, suka lah. Tak suka, nak buat macam mana," katanya lagi. Dalam pada itu, posting video berkenaan juga sehingga kini menerima lebih 27,300 perkongsian di Twitter. Malah, ramai mengaku terhibur kerana video itu dikatakan mengimbas semula memori zaman persekolahan mereka. "Pengetua yang menyampaikan sepatah dua kata selama dua hingga tiga jam. "Ini gaya macam pengetua sekolah elit dengan pangkat datin," tulis beberapa netizen. View this post on Instagram Teringat kat pengetua sekolah min dulu. Cakap nak bagi sepatah dua kata, tapi rasanya lebih. Beribu-ribu patah kata kot. #mstaronline #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 17, 2019 at 7:47pm PST