suria

“Dia kata ada kat kampung, mak sakit” - Selepas selamba rembat 2 pasang kasut, pencuri berdolak-dalih minta padam video CCTV

Rakaman CCTV yang tular selepas kejadian curi kasut pada Sabtu lalu.

"DIA sarung selamba je," demikian kata seorang pelajar berhubung kasut miliknya yang dicuri di sebuah kedai vape di Seri Kembangan, Selangor pada Sabtu lalu.

Tindakan pencuri berkenaan juga berjaya dirakam kamera CCTV yang mana video itu kini tular dan menerima lebih 240,000 tontonan di Twitter.

Menurut mangsa, Farid Fidaus Faudzillah, 20, dia pada mulanya menyangka kasut tersebut disembunyikan oleh rakannya yang mahu bergurau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia try saiz dah ngam terus potong sensor” - Pencuri bertudung bersama pasangan mahir rembat barang, macam dah biasa buat

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jadi mangsa curi, tapi pensyarah tetap minta netizen tak kecam 'gadis itu'

Namun, semakan CCTV membuktikan sebaliknya yang mana selain Firdaus, kasut seorang lagi pelanggan kedai itu turut 'dikebas' individu sama.

"Kami pergi berlima, ada kawan nak beli flavour vape. Ingatkan kawan sorok.

"Bila check CCTV, baru tahu. Kali pertama kena macam ni. Padahal ia bukan kali pertama saya datang kedai tu.

"Rasa marah juga awal-awal tu. Saya kumpul duit makan dalam RM200 untuk beli kasut tu," ujarnya kepada mStar.

Sah-sah dia buat salah. Masa chat dengan kawan saya, dia kata dia terambil. Saya marah sebab dia lari, bukan sebab kasut.

FARID FIRDAUS FAUDZILLAH

Mesra disapa Firdaus, penuntut tahun pertama jurusan Kejuruteraan Perisian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi ini mendedahkan dia dan rakan sudah berhubung dengan pencuri berkenaan.

Malangnya, usaha untuk mendapatkan kasut itu masih lagi belum kesampaian, sehingga hari ini.

"Dia ada contact kawan saya. Minta jumpa dia mengelak. Dia kata ada kat kampung, mak sakit.

"Dia minta padam video, kami kata bagi kasut dulu. Kalau dah buat salah, kantoi, jangan lari.

Farid bersedia memaafkan seandainya pencuri itu mahu bersemuka dan memulangkan kasut miliknya.

"Sah-sah dia buat salah. Masa chat dengan kawan saya, dia kata dia terambil. Saya marah sebab dia lari, bukan sebab kasut," kata Firdaus lagi.

Dalam pada itu, Firdaus turut memberi nasihat kepada individu berkenaan agar berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Malah, anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga bersedia memaafkan si pencuri seandainya dia benar-benar mahu bersemuka, memohon maaf dan mengembalikan kasut miliknya.

"Janganlah mencuri. Fikir dua tiga kali. Semua benda ada akibatnya.

Posting video CCTV itu di Twitter.

"Saya dah OK. Marah sekejap je. Kalau dia minta maaf, saya terima," katanya lagi.

Video CCTV berkenaan sehingga kini turut menerima lebih 14,300 ulang kicau (Retweet).

Dalam rakaman itu, pencuri berkenaan dengan selamba menyarungkan kasut milik Firdaus yang diletakkan di tangga sebuah premis sebelum mengambil sepasang lagi kasut pelanggan lain.

Pencuri yang ditemani seorang lagi rakan lelaki itu terlebih dahulu sudah berselisih bahu dengan Firdaus dan rakan-rakannya di pintu masuk premis berkenaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kasut, curi, CCTV

Artikel Lain