JAUH dari Labuan, Sabah mengembara ke ibu kota demi mencari rezeki, jejaka berusia 26 tahun ini mengambil masa tiga bulan untuk membeli sebuah kereta. Hasil membuat persembahan busking di Bukit Bintang di ibu negara dan beberapa lokasi lain, Mohamad Isa Julkip berjaya mendapatkan sebuah Proton Saga yang juga kereta pertama keluaran negara dengan harga sekitar RM4,000. Namun malangnya, kereta itu lesap dicuri individu tidak bertanggungjawab di hadapan Kondominium Suasana Lumayan, Cheras pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah pernah nampak, tapi saya tak percaya” - Jurutera terkejut, pelik kereta ‘total loss’ tahun 2014 muncul atas jalan raya ARTIKEL BERKAITAN: Sokong produk Malaysia, bekas wartawan bergelar peguam teruja lihat Perodua Kelisa dipandu mat salih di UK - “Apa yang saya buat, saya ingat asal usul” Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Isa mengakui sedih akan nasib yang menimpa dirinya. “Memang sedih, saya datang Kuala Lumpur enam bulan lepas. Tiga bulan kumpul duit untuk beli kereta tu. “Mula-mula saya fikir salah letak kereta. Saya cari hampir sejam, memang tak ada. Saya hampir terduduk juga masa tu,” ujarnya. Sejurus menyedari kehilangan itu, Isa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada hari kejadian. Kita kalau makan hasil penat lelah orang, tak kekal. Allah itu adil, hari ni buat jahat, esok kena balik MOAHAMD ISA JULKIP Mengulas pemilihan model kereta itu sebagai kereta pertama, Isa mengakui ia memiliki nilai istimewa pada pandangan matanya. “Kereta ni untuk memudahkan saya cari rezeki di sini. Saya beli di Seremban, Negeri Sembilan bulan lepas. “Boleh rasa nostalgia. Memang bangga naik kereta pertama keluaran negara. Saya memang cari kereta tu. Posting Isa di Instagram. “Saya harap dapat jumpa balik. Kalau tak jumpa saya reda, tapi saya mungkin akan beli model sama juga nanti,” katanya lagi. Tambah Isa, dia berharap pelaku dapat memulangkan keretanya dan berhenti melakukan kerja-kerja sedemikian. “Patut stop buat benda ni. Kita kalau makan hasil penat lelah orang, tak kekal. “Allah itu adil, hari ni buat jahat, esok kena balik,” katanya lagi. Selain busking, Isa turut menerima undangan nyanyian majlis-majlis keraian dan sebagainya. Isa membuat posting mengenai kehilangan keretanya di Instagram. Posting itu kemudiannya turut ditularkan di Twitter oleh seorang individu. Selain busking, Isa turut menerima tempahan nyanyian untuk pelbagai acara. Dia turut merancang untuk melancarkan lagu sendiri yang berentak pop pada Januari akan datang.