suria

“Cukuplah, cukup!” - Dr Amalina minta ambil tindakan terhadap FB kumpulan anti-vaksin, ada dakwa pernah kena 'block' selepas tegur

Dr Amalina menggesa agar Facebook kumpulan itu yang aktif sejak tiga tahun lalu dipadamkan.

SUSULAN kes polio yang kembali menular di negara ini selepas kali terakhir dikesan 27 tahun lalu, seorang individu tampil mendedahkan kumpulan anti-vaksin yang aktif di laman Facebook menerusi satu perkongsian di Twitternya.

Antaranya laman Facebook Masyakarat Kena Tahu yang ditubuhkan sejak 2016 dan kini mempunyai seramai 39,200 pengikut di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila membaca perkongsian pengikut kumpulan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina persoal isteri pendakwah senang-senang guna title doktor

"Pernah join. Sakit jantung duduk dalam tu. Bukan group FB je. Telegram pun ada. Siap ada yg jual buku atau jurnal pasal vaksin. Kalau isu halal haram point utama diorang demam campak, beguk dan rubela (MMR) vaksin sebab contain placenta," kata Hana.

"Apa yang membimbangkan. Orang dalam tu semua well off and highly educated. I really questions the education that they had. Just because you can drive a car. Don't mean you can fix it," kata Nuzul.

Antara komen netizen pada posting Dr Amalina.

"Masuk group tu tak sampai 10 minit saya left. Saya percaya makin lama saya dalam group tu, makin gila dibuatnya," kata Noob.

"Dah selamat kena block empat tahun lepas sebab tegur untuk semak dulu hadis sebelum sebar," tulis Areefah.

Perkara itu turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut mengulang kicau posting tersebut.

"Saya dimaklumkan bahawa ini adalah kumpulan untuk anti-vaksin di Malaysia. @KKMPutrajaya @DrDzul @SyedSaddiq, tolong lakukan sesuatu mengenai perkara ini. Cukuplah, cukup.," katanya.

Ada dari kalangan mereka gunakan post mengenai kematian anak saya untuk menyokong pendapat mereka mengenai vaksin.

YIYIN.

Kenyataan Dr Amalina di Twitternya itu turut mendapat 4,600 ulang kicau dan 3,300 tanda suka.

Malah Dr Amalina yang cukup dikenali kerana kelantangan bersuara turut menyokong pendapat seorang doktor yang menggesa supaya Suruhanjaya Komunikasi dam Multimedia Malaysia (SKMM) menutup laman Facebook itu.

Facebook kumpulan anti-vaksin mempunyai hampir 40,000 pengikut.

"Sudah tentu!," katanya menyokong komen pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah.

Dalam pada itu, seorang netizen mendakwa kumpulan itu sudah berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Mereka juga mempunyai akaun bank berdaftar untuk mengutip dana bagi menjalankan 'kempen kesedaran' untuk menyebarkan dakyah mereka. Bolehkah sesiapa membantu untuk menghentikan kegiatan ini?" soalnya.

Seorang ibu yang baharu kematian anaknya turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan kumpulan tersebut yang memutar belitkan fakta mengenai insiden menyedihkan itu untuk kepentingan mereka.

"Ada dalam kalangan mereka gunakan post mengenai kematian anak saya untuk menyokong pendapat mereka mengenai vaksin.

"Mereka berpendapat anak saya meninggal disebabkan vaksin. Salah satu ayat mereka 'sungguhlah mati itu pasti tapi bukan dari tangan kita sendiri yang tadah anak jadi mangsa vaksin," kata Yiyin.

Hukum pengambilan vaksin yang turut dikongsi Mufti Wilayah di Twitternya.

Malah ada beberapa netizen menggesa agar ibu muda itu mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut kerana mengaitkan kisah kematian anaknya dengan perkara tidak betul.

"Melampau. Report group tu," kata seorang netizen.

"Scary betul group ni. Lebih scary dari hantu," kata Veronica.

Pada masa sama, Dr Amalina yang berpangkalan di London, United Kingdom turut mengulang kicau hukum pengambilan vaksin yang dikongsi Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Menurut perkongsian itu Zulkifli berkata pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka.

"Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain