suria

Diuji kereta total loss gara-gara elak kucing melintas, bisnes nasi lemak pula boom selepas bela Saga - “Dapat tawaran degree tapi...”

Kehadiran kucing yang diberi nama Saga ternyata memberi tuah buat Syahmi.

BENARLAH kata orang dulu-dulu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Begitu juga dengan kisah jejaka berusia 21 tahun ini apabila rezekinya semakin melimpah selepas memelihara seekor kucing.

Pertemuan Muhammad Syahmi Sulaiman dengan haiwan comel yang diberi nama Saga itu juga berlaku dalam keadaan yang cukup luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah pernah nampak, tapi saya tak percaya” - Jurutera terkejut, pelik kereta ‘total loss’ tahun 2014 muncul atas jalan raya

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut!

Mesra disapa Syahmi, dia mendedahkan kereta dipandunya diisytiharkan total loss selepas dia cuba mengelak haiwan itu yang melintas secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 8 Mac lalu.

"Masa tu saya baru balik pasar, dalam pukul 7 pagi. Jalan lengang tapi agak gelap. Saya perasan ada kucing bergaduh dengan anjing tepi jalan. Tiba-tiba kucing tu melintas jalan.

"Saya elak kucing tu hingga terlanggar penghadang jalan. Masa balik dari hospital, saya dan ayah pergi ke lokasi kemalangan. Tengok kucing tu masih ada kat situ. Saya ambil keputusan bawa balik untuk bela.

Posting Syahmi di Twitter mengenai kejadian pada Mac lalu.

"Kucing tu kucing jantan, saya letak nama Saga sempena kereta Proton Saga milik abang yang saya pandu dalam kejadian tu," ujar Syahmi kepada mStar.

Biarpun dirundung malang, Syahmi mengaku rezekinya dalam perniagaan nasi lemak semakin bertambah selepas memelihara Saga.

Jika sebelum ini pelanggannya tidak ramai, namun kini dia mengedarkan sekitar 400 ke 600 bungkus nasi lemak setiap hari ke sembilan kedai berbeza di sekitar Pulau Pinang.

Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan. Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai.

MUHAMMAD SYAHMI SULAIMAN

"Saya baru habis diploma, sambil-sambil tunggu degree saya meniaga nasi lemak. Sebelum ni customer kurang. Sekarang Alhamdulillah makin meningkat.

"Setiap hari dalam 400 ke 600 bungkus saya supply ke sembilan kedai. Biasalah, Allah nak bagi rezeki ni, kita diuji dulu. Selain rezeki perniagaan makin meningkat, saya juga dalam proses untuk beli kereta baharu.

"Malah, saya juga dapat tawaran degree tapi saya tolak dulu sebab ada perkara tak dapat dielakkan," kongsinya lagi.

Nasi lemak Normala kini diusahakan oleh anaknya, Syahmi.

Bercerita mengenai perniagaan itu, Syahmi berbangga memberitahu dia mula belajar memasak nasi lemak seawal usia 10 tahun.

Ujarnya, ia merupakan resepi turun temurun ibunya, Normala Samsuri, 50, yang kini menjadi punca utama pendapatannya.

"Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan.

"Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai. Keistimewaan nasi lemak kami tentunya pada sambal. Kalau orang nak tempah pun saya terima," ujarnya yang turut membantu bapanya membuat kerja-kerja pendawaian eletrik.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain