suria

Dr Amalina anggap pengangkutan awam paling sesuai jika kerja on call, rupa-rupanya ada kisah lucu ketika housemanship - “Keletihan teruk boleh membunuh”

Dr Amalina berkongsi kisah lucu sewaktu latihan housemanship tujuh tahun lalu.

PERKONGSIAN seorang gadis yang mendedahkan dirinya terlelap ketika memandu selepas post-night syif di Twitternya mendapat perhatian pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom itu yang berkongsi semula posting tersebut menasihati gadis berkenaan supaya berhati-hati.

Malah disebabkan perkara itu, Dr Amalina berkata dia lebih gemar menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya tak takut... sila perketat dan kemaskini!” - Dr Amalina kata tak masuk akal Malaysia guna undang-undang kawal produk kesihatan sama sejak 1956!

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina persoal isteri pendakwah senang-senang guna title doktor

"Tolong berhati-hati. Sudah ada beberapa kejadian di UK di mana doktor mati disebabkan kemalangan jalan raya selepas on call.


Posting Dr Amalina mendapat perhatian netizen.

"Itulah sebabnya saya menggunakan pengangkutan awam (tube/bas) untuk pergi bekerja. Keletihan yang teruk boleh membunuh" katanya.

Dalam postingnya itu, Dr Amalina turut berkongsi kisah lucu ketika dia menjalani latihan housemanship di Cambridge kira-kira tujuh tahun lalu.

"Apabila saya menjalani latihan (housemanship) kira-kira tujuh tahun lalu di Cambridge, saya perlu menjalani latihan selama empat bulan di sebuah bandar kecil di Timur England kira-kira satu jam perjalanan dari Cambridge.

"Jadi saya akan menggunakan tren untuk keluar bekerja setiap hari kerana rumah saya terletak di Cambridge. Selepas syif malam yang sibuk saya terlelap di dalam tren," katanya.

Sebaik sedar Dr Amalina mendapati dirinya sudah terlajak sampai ke London.

"Jadi saya perlu naik tren semula ke Cambridge. Kemudian saya terlelap lagi dan mendapati saya berada di Kings Lynn.

Dr Amalina berkhidmat di sebuah hospital di London, United Kingdom.

"Akhirnya saya turun dari tren dan membuat keputusan tidur di hospital," katanya.

Malah Dr Amalina menjelaskan dia akan keluar seawal pukul 5.30 pagi untuk memulakan kerjanya sekitar pukul 7.30 pagi.

"Dari Cambridge ke Kings Lynn, ia mengambil masa kira-kira sejam. Kemudian anda perlu mengambil bas dari stesen kereta api ke hospital selama 30 minit.

Jadi saya akan menggunakan tren untuk keluar bekerja setiap hari kerana rumah saya terletak di Cambridge. Selepas syif malam yang sibuk saya terlelap di dalam tren.

DR AMALINA CHE BAKRI.

Pakar bedah.

"Jadi jumlah keseluruhan sekitar dua jam untuk setiap perjalanan. Saya akan keluar rumah sekitar 5.30 pagi untuk bekerja pada pukul 7.30 pagi," katanya.

Pendedahan Dr Amalina yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja meskipun bergelar doktor mendapat pujian netizen.

"Tak pernah tak kagum dengan doktor. Bagaimana anda menguruskan masa anda? Kerja, On Call, PhD dan kehidupan peribadi. Bagaimana anda mengehadkan masa untuk IG dan Twitter? Saya benar-benar mahu tahu tip anda," tulis Sarah.

Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka.

"You travel by train daily? Sounds like an expensive ordeal tho!," kata Netusha.

Sementara itu, Dr Amalina menjelaskan dia menggunakan pas bulanan sepanjang empat bulan menjalani latihan di Timur England.

"Kemudian saya bertugas di Addenbrooke, Cambridge. Saya tinggal kira-kira 20 minit dari Addenbrooke.

"Jadi saya akan berbasikal atau berjalan kaki. Tapi saya tinggal, bekerja dan belajar di London sekarang. Jadi hanya guna tube setiap hari," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain