suria

“Aku dah putus” - Berderai air mata jantan saat peluk rakan karib, live IG bakar gambar ex curang bukti masih ada lelaki setia dalam percintaan

Perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai kisah sedih rakannya yang baru putus cinta tular di media sosial.

SERING kali kita dengar, kaum lelaki yang akan dipersalahkan apabila berlakunya putus cinta gara-gara orang ketiga. 

Namun lain pula kisah yang dikongsi seorang pengguna Facebook ini menerusi sebuah video, yang mana sahabat baiknya dicurangi teman wanita, menyebabkan dia bertindak membakar segala memori bersama kekasihnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda stres, awek curang kantoi 2 minggu lepas bapa meninggal - "Sayang... tapi saya ungkit, tak boleh terima apa dia buat”

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu tular di laman sosial menunjukkan rakan karib Raja Nuzul Ridzwan Alias sedang duduk mencangkung sambil membakar foto-foto lama bersama bekas kekasihnya menerusi video live Instagram. 

Posting itu menerima lebih dari 100,000 tontonan, 2,500 tanda suka dan dikongsi melebihi 3,000 kali di Facebook. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa rakan karibnya, malah ada juga gadis 'nakal' yang menyalahkan sahabatnya itu kerana tidak bercinta dengan mereka. 

Tindakan sahabat Raja Ridzwan membakar foto bersama bekas kekasihnya mendapat pelbagai reaksi netizen.

"Stay strong bro. 

"Kalau tahu girlfriend awak buat macam ni, baik couple dengan saya. 

"Kan best kalau awak jadi boyfriend saya," komen beberapa netizen. 

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 22 tahun yang memuat naik video adegan menyentuh hati itu tidak menduga posting tersebut akan mendapat perhatian netizen.  

Raja Nuzul Ridzwan memberitahu dia berkongsi video itu di laman sosial bertujuan untuk mempertahankan martabat dan membuktikan masih ada lagi kaum lelaki yang setia dalam percintaan.  

Namun, dia terpaksa memadam posting tersebut atas permintaan keluarga bekas kekasih rakan baiknya itu yang mendakwa turut terkena tempias akibat video tular tersebut.

  

Video sahabat Raja Nuzul Ridzwan membakar foto-foto lama bekas kekasihnya di laman Twitter.

"Sebenarnya saya tak jangka pun video ni akan viral. Selalunya perempuan akan salahkan lelaki kalau bab curang, tapi ni terbalik pula. Kami sebagai lelaki ni asyik dipersalahkan kalau berlakunya putus cinta... jadi nak jugalah pertahankan martabat kami.  

"Mana taknya, kalau putus cinta je orang akan cakap men are trash lah, apalah. The point is, tak kira jantina apa pun, kalau tak setia, memang tak setia. 

"Asalnya post sebab nak tunjuk pada ex dia je yang kawan saya ni dah move on. Tapi bila keluarga ex kawan saya tu kata kena tempias, terpaksalah saya delete," katanya.  

Menurut Raja Nuzul Ridzwan atau lebih mesra disapa Raja, dia mengaku tidak pernah melihat rakan baiknya menangis, tetapi tidak menyangka terpaksa melihat air mata lelaki itu berderai buat kali pertama hanya kerana seorang perempuan. 

Sebagai seorang sahabat, Raja turut berasa sebak apabila melihat rakan karibnya itu sedih dan menangis teresak-esak.  

"Lelaki memang susah nak nangis. Saya masih ingat lagi waktu tu saya dengan kawan-kawan lain tengah lepak kat rumah, tiba-tiba dia datang dengan motor. 

Mana taknya, kalau putus cinta je, orang akan cakap men are trash lah, apalah. The point is, tak kira jantina apa pun, kalau tak setia, memang tak setia.

RAJA NUZUL RIDZWAN ALIAS

"Dia masuk rumah nampak kami tengah baring-baring, dia cakap Raja bangun jap. Saya jadi blur, dalam hati kata dia ni dah kenapa macam nak gaduh suruh saya bangun. Kemudian dia peluk saya dan beberapa kawan lain, lepas tu dia cakap aku dah putus sambil menangis teresak-esak. 

"Sepanjang saya kawan dengan dia, saya tak pernah nampak air mata dia jatuh. Waktu tu memang saya tahu dia tengah betul-betul 'sakit'. Itulah kali pertama saya nampak dia nangis," ujarnya. 

Kata pemuda yang bekerja sebagai penjawat awam di Johor itu, rakannya tidak pernah bercerita mengenai masalah percintaannya. 

"Biasa kalau lepak, dia tak pernah cakap apa-apa pasal awek dia, tapi bila dia dah buka cerita, rupa-rupanya dah banyak kali awek dia curang. 

Raja Nuzul Ridzwan lega sahabatnya mampu menerima hakikat bahawa percintaannya tidak mampu bertahan lama. 

"Saya betul-betul geram dan tak boleh terima awek dia curang sebab kawan saya ni struggle to give the best untuk awek dia tu," katanya.  

Namun Raja kini menarik nafas lega apabila melihat rakannya sudah boleh menerima hakikat percintaannya tidak mampu bertahan lama.  

"Saya ingatkan boyfriend baru gadis tu lebih baik daripada kawan saya, tapi dia downgrade lagi adalah. For now, saya happy untuk kawan saya sebab dia dah move on. Kesan daripada video yang viral kat laman sosial tu buatkan ramai perempuan yang pernah dikecewakan DM (direct message) dia.

"Bukan sebab nak bantu, tapi nak bercinta pun ada. Cuma saya pesan kat dia supaya tak leka. Kadang-kadang kita tak tahu niat orang, mungkin nak ambil kesempatan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
curang, bakar, foto, memori

Artikel Lain