KONONNYA takut dengan hantu, seorang pelajar sebuah madrasah tahfiz ‘terperangkap’ dengan tipu helah seorang mudir atau guru agamanya sendiri yang bernafsu songsang. Namun kerana keperibadiannya dan disegani pelajar yang mahu mendapatkan keberkatan, kegiatan kejinya dapat disembunyikan di sebalik gelaran 'ustaz'. ARTIKEL BERKAITAN: "Mangsa tak minta bapa mereka dimaki, dihukum" - Aktivis dedah budak 4 tahun diliwat dalam bilik penuh DVD lucah ARTIKEL BERKAITAN: “Pegawai JPJ Tanya 'Bawah' Ada Tindik Tak?” - Remaja 17 Tahun Beberapa transkrip perbualan seorang mudir bersama pelajar lelakinya dikongsi di halaman Facebook aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi yang terkenal kerana sering berkongsi tentang pelbagai kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja. Syed Azmi mengadakan pertemuan dengan pelajar berkenaan bagi membantu dalam kes membabitkan mangsa. Perbualan intim antara mudir yang dikenali dengan panggilan ustaz itu bersama pelajarnya telah bermula sejak Jun tahun lalu. “Siapa pernah cium kamu selain ustaz? Nanti lepas raya ustaz selalu cium kamu ya. Kalau kamu tak mahu, beritahu ustaz tapi jangan beritahu orang lain,” demikian antara mesej yang dihantar dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp. Berhadapan dengan kes pencabulan pelajar itu, Syed Azmi telah bertemu dengan mangsa yang dibawa oleh ibu bapanya bagi mendapatkan bantuan. Antara mesej mengejutkan daripada seorang ustaz di sebuah madrasah di Selangor. Aktivis itu turut bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku membabitkan mudirnya. “Tak rasa apa-apa ke bila mudir ajak cium mulut dan pipi?” soal Syed Azmi. “Tak, sebab nak dapat berkat daripada ustaz,” jawab pelajar berkenaan. Mesej perbualan intim seorang ustaz bersama pelajarnya bermula sejak Jun 2019. Sebagaimana yang dikongsikan pelajar tersebut, Syed Azmi berkata, mangsa melihat ramai yang mahu minum dari bekas cawan mudirnya itu selepas dia memberi ceramah di masjid. “Jadi dia ingat kalau mudir nak cium pipi dan mulut dapatlah berkat. Dia buat tu tiga kali tapi tak ada orang nampak. “Katanya sepanjang tahun, tujuh kali mudir ajak saya tidur bilik. Dia suruh pelajar lain panggil saya pergi tidur kat bilik dia. Saya tak nak, tapi saya tahu kalau saya tak ikut arahan, pelajar yang membawa pesanan tu yang akan kena denda. Mereka pun takut nak lawan cakap mudir,” ujar aktivis itu. Ustaz sudah mula bertanya tentang sayang. Syed Azmi turut bertanya kenapa perlu tidur bersama mudir, dan pelajar tersebut menjawab: “Sebab mudir kata ada hantu dan dia takut hantu... hantu Cik Bedah.” Dia turut bertanya pelajar lain mengenai hantu berkenaan dan jawapan sama diberikan bahawa mudir mereka begitu takut dengan hantu Cik Bedah. “Apa yang mudir buat? Pelajar tu memberitahu, dia akan ajak saya ke katil dia, dia akan bogel dan bogelkan kita dan lepas tu dia buat,” katanya. Mesej ustaz yang mahu mencium pelajarnya. Bercakap kepada mStar, Syed Azmi berkata, mudir di sebuah madrasah di Selangor itu telah dibebaskan dari tahanan reman dan kes membabitkan mangsa yang merupakan remaja belasan tahun itu masih dalam siasatan. “Bagaimanapun, sedih apabila ramai ibu bapa dan pelajar yang sangat sukakan sekolah ni. Seorang sahaja yang jahat iaitu mudir tapi yang lain bagus sangat. Contoh SOP atau akujanji yang mana pelajar tak boleh tidur dengan mudir. Boleh ke pelajar urut guru dalam bilik tertutup atau hanya buat di luar bilik? SYED AZMI “Ibu bapa datang berjumpa saya untuk cari jalan macam mana perkara sebegini tak berlaku lagi. Dan di pihak kami mengadakan perbincangan seperti prosedur operasi standard (SOP) dan akujanji perlu dijelaskan di sekolah,” katanya kepada mStar namun enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes kerana ia masih dalam siasatan. Selain mengelakkan kejadian berulang, menurut Syed Azmi, SOP dan akujanji tersebut turut bertujuan untuk mengelakkan sebarang fitnah di sekolah. Ustaz semakin berani bermain dengan perasaan untuk 'mengumpan' pelajarnya. “Sebagai contoh SOP atau akujanji yang mana pelajar tak boleh tidur dengan mudir. Boleh ke pelajar urut guru dalam bilik tertutup atau hanya buat di luar bilik? Syed Azmi mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa. “Contohnya, adakah pelajar perlu minum air dari bekas cawan mudir untuk mendapat keberkatan? Adakah ia sesuatu yang normal atau tidak, kena bincang bersama. “Semua perkara ini perlu mendapat persetujuan bersama dengan pihak sekolah bersama ibu bapa dan pelajar bagi melindungi pelajar tersebut dan mengelak fitnah melibatkan mana-mana pihak,” katanya.