BAGI penduduk sekitar Temerloh, Pahang, Pekan Sari bukanlah satu nama yang asing buat mereka. Cukup dikenali sebagai pasar sehari yang terpanjang di semenanjung Malaysia, lokasi itu sering menjadi pilihan orang ramai sejak dahulu hingga kini. Namun lain pula ceritanya di Twitter apabila seorang peguam berkongsi kisah lucu mengenai Pekan Sari sehingga ia menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah dah siap pakai baju Melayu kuning, bila keluar tengok dah tak ada” ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri guru bersama bayi terperangkap 2 hari dalam hutan, menumpang rumah keluarga Iban - “Tak boleh guna jalan darat sebab tanah runtuh” Bercerita kepada mStar, Khairul Shahrizan, 29, mengakui pernah tersesat di pasar itu sewaktu berusia lima tahun sehingga ibunya, Halimah Hanifah terpaksa membuat laporan polis. "Masa tu sekitar tahun 1996. Rumah kami 3 kilometer je dari Pekan Sari. Jadi pada suatu hari saya ke sana dengan emak dan kakak. Kemudian saya sesat dan tak jumpa mereka. "Sambil menangis saya jalan kaki balik rumah. Masa balik tu saya lalu balai polis. Sampai rumah, saya makan nasi lemak sambil baca surat khabar. Perkongsian Shahrizan di Twitter. "Tiba-tiba mak balik, rupa-rupanya dia dah pergi buat report. Balik rumah sebab nak ambil gambar saya, tapi nampak saya tengah makan, mengamuklah dia," ujarnya mengimbas semula kejadian itu. Menurut Shahrizan, kenangan lucu itu masih segar di ingatannya sehingga kini. Malah katanya, dia sekadar berkongsi kisah itu untuk tujuan suka-suka sahaja dan tidak menyangka ia akan tular. Pekan Sari cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat di Temerloh. FOTO: Facebook Pekan Sari Temerloh. "Rasa kelakar pun ada. Mak ayah serabut anak hilang, tak tahu perasaan macam mana. "Kita pula budak-budak masa tu, tenang je. Sekarang saya dah tak menetap di sana. Bila sebut Temerloh je mesti akan teringat cerita tu," ujarnya yang menguruskan firma guaman di Shah Alam, Selangor. Bercerita mengenai dirinya, Shahrizan yang sudah lima tahun bertugas dalam bidang perundangan turut menawarkan khidmat guaman percuma bagi kes-kes melibatkan pekerja. Tiba-tiba mak balik, rupa-rupanya dia dah pergi buat report. Balik rumah sebab nak ambil gambar saya tapi nampak saya tengah makan, mengamuklah dia. SHAHRIZAN PEGUAM Malah, dia juga sudah membawa ibunya menetap bersamanya di Shah Alam sejak tahun 2014. Dalam pada itu, posting Shahrizan di Twitter sehingga kini menerima lebuh 3,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen yang menghujani posting itu turut berkongsi kisah mereka di Pekan Sari. Shahrizan bersama isteri (paling kiri), ibu dan adik perempuannya (kanan). "Pernah hilang masa kecil sampai menangis mak aku dekat tengah-tengah Pekan Sari tu. Aku pergi senyap-senyap minum Milo ais dengan arwah atuk dekat kedai makan. Siap minum aku pergi cari mak aku, tengok dia tengah nangis huhu. Balik kena pukul. "Saya pernah hilang kat Pekan Sari. Masa tu umur empat tahun, jarang keluar rumah lepas tu ralit tengok pakcik tak ada kaki. Hilang then menangis. Lepas tu orang kat situ just bisik-bisik dan gelak. Sampai sekarang saya jalan genggam baju mak saya dari belakang. "Saya pernah hilang duit dekat pasar ni. Bawak RM200, tau-tau tinggal sepuluh ringgit je. Seronok betul memborong," tulis beberapa pelayar Twitter.