suria

“Walaupun muka macam beruk...” - Bersaing dengan peluncur profesional, video dalam jet, Baki Zainal speechless menang ‘Sejuta Dolar’ GoPro

Foto yang dikongsikan Baki menerusi laman Instagram miliknya.

"REZEKI yang tidak disangka-sangka."

Demikian kata pengacara popular, Baki Zainal apabila dia terpilih sebagai salah seorang pemenang cabaran video 'Sejuta Dolar' yang dianjurkan syarikat GoPro.

Baki, 38, sewaktu dihubungi mStar mengakui terkedu dan sukar untuk mempercayai keputusan itu memandangkan cabaran berkenaan menerima 42,000 penyertaan video melibatkan peserta dari 104 negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Baki Zainal Kembangkan Bakat Sebagai Deejay Suria FM

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah abang polis... Gambar pokok kelapa disiar di Instagram Apple, Terengganu kini di mata dunia!

"Sebenarnya saya dapat tahu keputusan sewaktu worldwide screening GoPro. Alih-alih ada muka sendiri.

"Masa tu rasa nak bersorak, nak menangis... yang hantar penyertaan pula, ada yang peluncur salji profesional, rakam dalam jet, pesawat dan sebagainya.

"Video saya pula dirakam di Escape Theme Park Penang (taman tema). Walaupun muka macam beruk dalam video tu, saya syukur dipilih sebagai salah seorang pemenang. Langsung tak sangka," ujarnya yang fasih berbahasa Mandarin ini.

Perkongsian video di laman Instagram Baki.

Menerusi cabaran 'Sejuta Dolar' itu, Baki merupakan antara 45 peserta dari seluruh dunia yang dipilih sebagai pemenang yang mana mereka akan menerima wang sekitar RM90,000 setiap seorang.

Menurut Baki, walaupun masih belum menerima hadiah kemenangan itu dia sudah mempunyai cadangan untuk menggunakan wang berkenaan bagi membawa ibunya ke Makkah.

Bercerita mengenai video pendek tersebut, Baki berkata ia dirakam pada awal Januari lalu.

Tak sangka saya dan seorang lagi rakyat Malaysia akan jadi pemenang dari negara ini.

BAKI ZAINAL

PENGACARA

"Masa tu baru habis show di Pulau Pinang. Saya ke taman tema tu dengan tiga orang kawan.

"Saya sebenarnya dah tahu pasal pertandingan tu kerana saya merupakan GoPro Family Members di Malaysia.

"Ia pertandingan melibatkan seluruh dunia. Setiap kali guna GoPro saya akan submit.

Antara foto dikongsi Baki yang menggunakan kamera GoPro.

"Tak sangka saya dan seorang lagi rakyat Malaysia akan jadi pemenang dari negara ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, kesemua video pemenang dari 17 negara itu dirakam menggunakan GoPro HERO8 Black + Max.

Baki bercadang membawa ibunya ke Makkah dengan wang kemenangan itu.

Perkongsian foto dan video Baki di laman Instagram turut dihujani dengan komen netizen.

Selain mengucapkan tahniah atas kemenangan itu, orang ramai turut meluahkan rasa terhibur dengan reaksi muka Baki sewaktu dia sedang bermain gelongsor air di taman tema tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Baki Zainal, GoPro, Sejuta Dolar

Artikel Lain