suria

Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef - “Tak indah konvo kalau dia tak ada”

Zhaeim mahu menghadiahkan kejayaan buat ibunya dan berhasrat menjadi cef apabila tamat belajar kelak.

BAGI mana-mana individu bergelar anak, kehilangan ibu bapa menjadi saat yang menakutkan dalam hidup mereka.

Tidak terkecuali, Instafamous Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa turut mengakui hal sama.

Perit selepas kehilangan bapanya pada 2015, dia yang mesra disapa Zhaeim seolah-olah tidak bersedia jika perkara sama menimpa ibunya, Raden Nor Azlina Raden Jumari yang kini berusia 50 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu viral wajah iras Putera Mateen, kini bakat anak arwah Aziz Desa jadi bualan, “Dapat banyak view sebab ada yang tak suka, mungkin salah faham kapsyen”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran!

"Saya ni memang manja dengan mak dan arwah ayah. Sekarang mak pun dah makin tua, saya tengok kawan-kawan dia ada yang dah meninggal.

"Saya jadi takut. Dulu arwah ayah cakap nak saya jadi cef. Dia meninggal tiga hari sebelum saya dapat surat tawaran belajar bidang bakery.

"Jadi saya nak mak sempat tengok saya konvo, pakaikan dia jubah konvo. Tak indah konvo kalau dia tak ada," ujarnya kepada mStar.


Tweet Zhaeim mengenai kejayaan abang-abang dan kakaknya.

Zhaeim sebelum itu berkongsi foto abang-abang serta kakaknya yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di laman Twitter.

Bercerita mengenai pengajiannya di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah, Zhaeim kini sedang mengikuti latihan industri sebelum graduasi sekitar Ogos atau September depan.

Dulu arwah ayah cakap nak saya jadi cef. Dia meninggal tiga hari sebelum saya dapat surat tawaran belajar bidang bakery.

MAS ZHAEIM ZHIDDIN

INSTAFAMOUS

"Saya sekarang tengah praktikal di Langkawi. Sebenarnya ada beberapa kali juga terdetik nak berhenti belajar.

"Tapi saya fikir balik, kalau dah mula kena buat sampai habis. Saya tak nak hancurkan impian arwah ayah. Mak pun cakap nak suruh saya buka kafe kat Langkawi.

"Tapi yang paling penting, bukan sijil, konvo atau kerja hebat buat emak kita bangga. Tapi cara kita layan dia, cara kita jaga dan hargai dia yang lebih penting," ujar Zhaeim lagi.

Zhaeim mahu kejayaannya diraikan bersama ibu.

Dalam pada itu, posting Zhaeim mengenai kejayaan abang dan kakaknya menerima lebih 3,400 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai netizen turut menghujani ruangan komen dengan memberi kata-kata semangat buat remaja itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mas Zhaeim Zhiddin, cef, Aziz Desa

Artikel Lain