suria

Niat YouTuber nak prank kahwin lain... pilu si isteri sampai basah tudung dek air mata - “Dia ibarat buat kerja bodoh”

Shafiran dikecam kerana melakukan 'prank' yang disifatkan agak keterlaluan.

'PRANK' bukanlah satu budaya baharu di negara ini. Namun trend itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terbaru, seorang pemuda melakukan 'prank' terhadap isterinya dengan meluahkan hasrat mahu bernikah lagi.

Namun video berdurasi enam minit  yang mendapat 2.9 juta tontonan di Facebook itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib rakan sepejabat sebenarnya ‘prank’, mangsa baru dapat kerja siap puji syarikat, “Saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal”

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat suka sangat main hantu, tengok cerita seram... sekali ‘lembaga’ putih betul-betul depan mata - “Kacau orang malam-malam lagi kan”

Rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai agak keterlaluan.

"Gurauan ada batasnya, fikirkan kesan yang akan datang. Gurau usah sampai mengguris hati seseorang. Dan jangan disebabkan gurauan, ianya membuka pintu laluan untuk jadi kenyataan," kata SangPencari.

Reaksi Farah ketika suaminya meluahkan hasratnya untuk bernikah lagi.

"Dia ibarat buat benda bodoh. Contoh lain yang lebih kurang bergurau minta cerai," tulis Ika.

"Tak terfikir nak prank isteri sama ada nak melihat apa kesudahan kekelakaran atau kepiluan. Perbezaan manusia dihalusi oleh tindak tanduk, didikan, cara dibesarkan, jenis kekeluargaan dan persekitaran. Penghormatan yang tinggi dan adab yang mulia kepada isteri suatu kasih sayang abadi," kata Rizal.

"Dah tak de kerja sangat wei. Main-mainkan hati bini dia. Walaupun dia gurau tapi time tu aku tahu macam mana remuk dan perit hati bini dia," kata Sacha.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Shafiran Azran merakam video secara senyap-senyap di dalam kereta sebelum memaklumkan niat tersebut kepada isterinya, Farah Izwanie.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Shafiran yang juga seorang YouTuber berkata ada seorang wanita mengajaknya untuk berkahwin selepas berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp.

Reaksi netizen terhadap video itu yang turut tular di Twitter.

Selepas mendengar kata-kata itu, Farah dilihat menangis sehingga tudungnya dibasahi titisan air mata. 

Wanita itu juga tidak mampu berkata-kata dan hanya mengikut saja kehendak suaminya itu.

"Ikutlah, ikut B (suami) lah," kata Farah sambil mendukung anak mereka yang masih kecil.

"Dia ibarat buat benda bodoh. Contoh lain yang lebih kurang bergurau minta cerai.

IKA.

Tidak lama kemudian, Shafiran mendedahkan hasratnya untuk berkahwin lain itu hanyalah sekadar gurauan sambil memujuk isterinya yang merajuk.

Dalam pada itu, menurut Bahagian Dakwah Jakim, larangan menipu (prank) sudah termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.

Justeru budaya itu dilarang kerana mendatangkan kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas.

Farah tidak dapat menahan air matanya meskipun suaminya memberitahu itu hanya sekadar gurauan.

Ia juga seolah-olah mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh seseorang individu.

Dalam al-Quran juga turut disentuh mengenai menipu dan Allah melarang keras perbuatan tersebut.

Allah berfirman menerusi surah Ali-Imran [ayat 54] yang maksudnya; Dan mereka itu menipu Allah dan Allah itu menipu mereka pula (membalas tipuannya) dan Allah sebaik-baik (membalas) orang-orang yang menipu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
YouTuber, prank, isteri, kahwin

Artikel Lain